Ambil Pendirian Menentang Duduk

duduk di mejaBuat pendirian untuk kurangkan duduk berpanjangan. Banyak bukti yang menunjukkan duduk berpanjangan, walaupun duduk untuk melakukan aktiviti yang “produktif”, seperti ramai daripada kita lakukan di tempat kerja, dikaitkan dengan risiko kesihatan yang serius – kematian – berbanding dengan gaya hidup yang lebih aktif. Masalahnya ialah kajian menunjukkan penyelesaian bukan semudah menggantikan masa duduk dengan masa bersenam. Anda boleh bersenam selama empat jam sehari, tetapi jika masa selebihnya anda habiskan dengan duduk, anda meningkatkan risiko anda mendapat kanser, penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain yang tidak menyenangkan dan mengancam nyawa.

Sekarang, berita baik. Jika tidak boleh tukar duduk dengan bersenam, penyelidikan baru mencadangkan penyelesaian yang mudah: berhenti duduk sejenak di sepanjang hari. Menurut kajian itu, yang diterbitkan di dalam Perubatan & Sains dalam Sukan & Latihan, berjalan lima minit secara berkala mengurangkan aliran darah terjejas dalam arteri kaki, yang boleh membawa kepada penyakit kardiovaskular, yang merupakan antara isu kesihatan yang dihadapi. Dalam kajian tersebut, peserta yang berjalan lima minit di atas treadmill bagi setiap jam mereka habiskan untuk duduk, menunjukkan penambahbaikan dalam kesihatan mereka.

Anda mungkin tidak mempunyai treadmill di tempat kerja, tetapi sesiapa sahaja yang pekerjaan mereka tidak memerlukan mereka berjalan ke sana ke sini perlu mencari beberapa minit dalam setiap jam untuk bangun daripada kerusi, lakukan regangan dan berjalan. Anda boleh berjalan dari hujung sini ke hujung sana pejabat, beberapa kali. Atau letakkan mesin pencetak di bahagian hujung pejabat, di mana anda terpaksa berjalan untuk mengambil dokumen yang dicetak.

One Response to Ambil Pendirian Menentang Duduk

  1. Aju Atelier says:

    Darah akan terkumpul dan oksigen tidak akan bergerak keseluruh badan jika kita asyik duduk saja. Waktu bekerja yang panjang selama 8 jam membuatkan badan letih.Ini lah faktornya bahawa oksigen tidak masuk kedalam tubuh.

    Ambiklah masa untuk berjalan ke toilet ataupun pusing-pusing menyapa kawan-kawan.

Leave a Reply to Aju Atelier Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *