Ajar Anak Anda Tentang Kesihatan Jantung

jantung-kanak-kanakBerdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan, hampir setengah juta rakyat Malaysia berumur di bawah 18 tahun mempunyai berat badan berlebihan. Kajian lain pula menunjukkan terdapat peningkatan 13.6 peratus kes obesiti di kalangan kanak-kanak. Kebanyakan kes, ibu bapa kanak-kanak tersebut tidaklah obes.

Antara kesan daripada obesiti adalah kadar kolesterol yang tinggi dan risiko kepada kesihatan jantung. Mungkin terdapat kecenderungan untuk memberi mereka ubat seperti Statin bagi menurunkan paral kolesterol. Ubat bukan jawapannya, sangat sedikit kanak-kanak yang terdedah secara genetik ke arah kolesterol tinggi. Menurut Jennifer Li, pakar kardiologi pediatrik di Pusat Perubatan Universiti Duke, jawapannya adalah perubahan gaya hidup. Kebanyakan kanak-kanak hari ini membesar dengan makanan segera, kurang beriadah. Mereka lebih banyak menghabiskan masa bermain games di komputer dan lain-lain gajet atau peranti pintar.

Berikut adalah beberapa cadangan Dr. Li untuk membantu anak-anak anda meningkatkan kesihatan jantung mereka dan mengelakkan bahaya kolesterol yang tinggi:

Bersenam Sebagai Sebuah Keluarga

Anak-anak memerlukan motivasi untuk bersenam, dan siapa yang lebih baik daripada ibu atau bapa untuk menunjukkan jalan kepada mereka? Keluarkan kasut sukan daripada setor dan mula bermain baling, menendang bola atau hanya berjalan pantas atau berlari.

Membeli-belah dan Memasak Sihat

Ucapkan selamat tinggal kepada makanan ringan dan minuman manis (termasuk minuman sukan). Sebaliknya, masukkan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran ke dalam diet keluarga, berserta dengan bijirin penuh dan sumber protein tanpa lemak seperti ayam dan ikan.

Jangan Makan dalam Perjalanan

Hadkan makan dalam kereta seperti pandu-lalu, juga jangan biarkan anak-anak ambil makanan dan terus pergi. Makan di rumah sebagai satu keluarga bila berkesempatan. Hidangkan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan ringan sihat yang lain untuk menghilangkan rasa lapar sebelum waktu makan.

Kurangkan Masa TV

Kebanyakan kanak-kanak menonton televisyen sehingga enam jam sehari, enam jam tanpa melakukan apa-apa kecuali merenung skrin – dan kemungkinan besar makan makanan ringan yang tidak sihat. Televisyen dan permainan video perlu dijadikan sebagai hadiah untuk bersenam dan makan cara yang betul, bukan amalan harian.

Ketahui Nombor Anda

Dapatkan bacaan tekanan darah, homosistein, kolesterol dan gula darah untuk seisi keluarga secara berkala. Jika ada masalah, ambil tindakan sebelum ia menjadi lebih besar. Ujian makmal yang lebih kerap juga membantu dalam menetapkan matlamat untuk dicapai bagi semua orang.

Kelolai

Jika anak anda sudah mempunyai berat badan berlebihan atau obes, pertimbangkan untuk masukkan mereka ke dalam program pengurusan berat badan yang formal. Kaunseling pemakanan dan sesi latihan di bawah seliaan boleh memberi kanak-kanak sokongan dan motivasi yang diperlukan untuk menurunkan berat badan.

One Response to Ajar Anak Anda Tentang Kesihatan Jantung

  1. Badariah says:

    Anak saya sudah menghampiri katagori obes. Puncanya makanan segera termasuk yg dijual dikantin sekolah, seperti nugget, daging buger, sosej dan ayam goreng.
    Tindakan saya adalah;
    1. Kawal menu utamanya, 1cawan nasi setiap hidangan.( max 2x 1hari)
    2. Sediakan bekal untuk ke sekolah setiap jari.
    3. Sediakan bekal untuk tengahari jika ada ko-korikulum.
    4. Berbasikal setiap petang.
    5. Berjoging dihujung minggu.
    6. Hadkan makan di luar rumah.

Leave a Reply to Badariah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *