Makanan Mengandungi Probiotik
Susunan Oleh: Info Kesihatan
Tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan lebih banyak probiotik dalam diet anda? Berikut adalah 13 makanan, yang mengandungi kultur hidup, untuk anda bermula:
Yogurt
Yogurt adalah sumber probiotik yang paling biasa. Bakteria “baik” seperti lactobacillus atau bifidobacteria mengekalkan keseimbangan yang sihat di dalam usus anda. Kajian menunjukkan bahawa probiotik boleh membantu mengurangkan intoleransi laktosa. Ia juga boleh membantu mengurangkan gas atau angin, cirit-birit dan masalah penghadaman yang lain. Tak semua yogurt sama. Ada yang dipenuhi dengan sirap dan gula. Anda boleh membayar lebih untuk yogurt pencernaan khas, tetapi apa-apa yang mengandungi “kultur hidup dan aktif” sudah memadai untuk mendapat manfaat probiotik dan kesihatan maksimum. Semak label untuk pastikannya.
Kuasa Probiotik
Sejak mendapat tahu probiotik boleh membunuh bakteria patogenik seperti atau lebih baik daripada antibiotik, Dr. Amir menjadi sungguh berminat dengannya. Malah probiotik juga boleh membunuh superbug tertentu (seperti E.coli 0157), yang menentang antibiotik yang terbaik. Justeru Dr. Amir mula menggunakan probiotik sebagai terapi semula jadi biasa.
Menurut Dr. Amir, terdapat kira-kira 100 trilion bakteria baik dalam usus kita, berbanding 70 trilion sel yang membentuk tubuh kita. Bayi yang sihat mempunyai lebih dari 90% bakteria baik. Namun apabila mereka membesar, dengan pengambilan makanan yang tidak dapat dihadam dengan baik, nisbah bakteria buruk semakin bertambah.
Suplemen Probiotik
Bila disebut probiotik, ramai yang terfikir tentang yogurt. Namun tidak semua yogurt mengandungi probiotik. Yogurt yang ditambah kultur hidup aktif biasanya mengandungi sehingga 300,000 bakteria hidup bagi setiap hidangan, yang mengikut kebanyakan pakar merupakan satu jumlah yang rendah. Mengekalkan tahap baik probiotik dalam usus membantu mengekalkan pengawalaturan usus, pH dan kesihatan sel usus. Kekurangan bilangan probiotik yang diambil boleh dilengkapkan dengan mengambil suplemen probiotik.
Pembumian Membantu Mencairkan Darah dan Melawan Keradangan serta Penyakit
Ringkasan artikel oleh Dr. Joseph Mercola.
Dr Stephen Sinatra adalah seorang pakar kardiologi terkemuka dan perintis inovatif. Beliau memperkenalkan beberapa strategi semula jadi sebagai “tambahan” kepada bidang kardiologi, seperti grounding atau pembumian. Istilah “pembumian” merujuk kepada perbuatan meletakkan kaki yang terdedah di bumi, atau berjalan berkaki ayam. Apabila anda berkaki ayam, elektron bebas akan berpindah dari bumi ke dalam badan anda, dan kesannya adalah pemindahan salah satu antioksida yang paling kuat yang pernah kita tahu.