Skip to content
Gaya Hidup Sihat
Gaya Hidup Sihat

Tips penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

  • Home
  • Blog Home
  • Artikel Pilihan
  • Artikel Kesihatan
  • Kedai 4Life Transfer Factor
Gaya Hidup Sihat
Gaya Hidup Sihat

Tips penjagaan kesihatan diri dan keluarga.

Suplemen Vitamin B Boleh Kurangkan Risiko Strok

Wan, 21/09/2013

Kajian terbaru yang diterbitkan pada Rabu lepas mendakwa pengambilan suplemen vitamin B boleh membantu menangkis risiko strok.

Kajian terdahulu tentang vitamin B memberikan hasil yang bercanggah, ada kajian yang menyatakan vitamin B melindungi daripada strok dan serangan jantung, namun ada juga kajian yang menyatakan ianya boleh meningkatkan risiko.

Kajian terdahulu juga menunjukkan vitamin B3 mungkin dapat membantu meningkatkan pemulihan pesakit yang mengalami strok.

Dalam kajian terbaru, penyelidik daripada Universiti Zhengzou, China menganalisis 14 ujian klinikal melibatkan hampir 55,000 subjek. Penemuan, yang diterbitkan dalam jurnal online Neurology (Sep, 18), mendapati bahawa terdapat pengurangan 7% risiko strok dalam kalangan pesakit yang mengambil suplemen vitamain B. Walau bagaimanapun kajian tersebut mendapati suplemen vitamin B tidak mempunyai impak yang banyak dalam mengurangkan risiko serangan jantung.

Akhbar The Telegraph, UK, juga melaporkan bahawa mereka mendapati asid folik, yang juga dikenali sebagai vitamin B9, boleh mengurangkan faedah pengambilan suplemen vitamin B.

Namun, penyelidik menasihatkan anda supaya berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil apa-apa suplemen.

– AFP Relaxnews

Berita Kesihatan

Post navigation

Previous post
Next post

Comment

  1. Fuzaimy says:
    28/10/2013 at 4:58 pm

    Saya amat tertarik dengan post2 yang berada di blog ini.
    Post2 yang dibuat cukup baik, seolah2 penulis adalah benar seorang doctor.

    Mohon hubungi saya bagi tujuan ingin saya beriklan di blog Tuan.

    Terima Kasih

    Reply

Leave a Reply to Fuzaimy Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian

Kategori

  • Berita Kesihatan (7)
  • Berjalan Untuk Kesihatan (15)
  • Gaya Hidup Sihat (17)
  • Kesihatan Umum (3)
  • Pemakanan Sihat (17)
  • Pencegahan & Keafiatan (1)
  • Terapi Semula Jadi (1)
  • Tips Kecantikan (1)
  • Tips Kesihatan (4)
  • Tips Kurus (1)
  • Ubat & Suplemen (1)

Komen Terkini

  • Motivasi Untuk Bersenam - Info Kesihatan on Rancangan Berjalan Untuk Kesihatan
  • SihatAfiat on Pakai Pelitup Muka Semasa Berjogging Berbahaya
  • Ahmad Ghazali Makrof on Senaman dan Kesihatan Diri
  • Ejen Takaful on Senaman dan Kesihatan Diri
  • Senaman Turunkan Risiko Kanser Payudara | Artikel Kesihatan on Sistem Imun dan Kesihatan Diri

E-Majalah Kesihatan

Dapatkan e-Majalah yang memuatkan info dan artikel kesihatan sebagai panduan penjagaan kesihatan diri dan keluarga. Isi borang di bawah dan klik butang "Daftar Sekarang".




Nota: Sila semak emel untuk info pendaftaran. Emel anda selamat bersama kami dan kami tidak akan SPAM.

Info Kesihatan
Kesihatan.biz sumber info kesihatan yang tepat dan boleh dipercayai bagi membantu anda membuat keputusan terbaik untuk kesihatan dan kesejahteraan diri anda.
PAUTAN PENTING
Hubungi Kami
Kedai Transfer Factor 4Life
Penafian Tanggung Jawab
Notis Privasi Peribadi 2010
NEWSLETTER
Dapatkan makluman tentang tawaran istimewa dan tips berguna daripada kami!

NOTA: Sila semak emel anda untuk butiran pendaftaran.

©2025 Gaya Hidup Sihat | WordPress Theme by SuperbThemes