Perubahan Mengikut Masa Wan, 21/02/2014 Semakin meningkat usia, biasanya semakin berkurangan keupayaan jantung. Penuaan memberi kesan kepada saraf yang membantu mengawal kepantasan jantung anda berdegup. Hasilnya, kadar degupan jantung maksimum menjadi lebih lambat. Walau bagaimanapun, orang yang kerap bersenam mengalami perubahan yang kurang ketara berbanding dengan mereka yang tidak aktif. Keupayaan jantung untuk berehat dan dipenuhi dengan darah juga boleh berkurangan dengan usia, terutama bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi (hipertensi). Lama kelamaan, keanjalan semula jadi saluran darah utama berkurangan. Ia menjadi lebih keras, menyebabkan peningkatan tekanan darah. Keupayaan badan untuk mengambil dan menggunakan oksigen juga berkurangan. Walau bagaimanapun, kedua-dua perubahan ini sebahagiannya boleh dicegah dengan senaman fizikal yang kerap. Masa untuk perubahan Walaupun penuaan tidak dapat dielakkan, proses penuaan boleh dipengaruhi oleh bagaimana anda menjalani kehidupan anda. Memilih untuk menjalani kehidupan yang tidak aktif membawa risiko besar dari segi kesihatan jantung dan kesihatan saluran darah anda. Tetapi memilih beberapa gaya hidup sihat – seperti mengekalkan berat badan yang sihat, memasukkan aktiviti fizikal dalam rutin harian anda, makan makanan yang sihat dan mengelakkan merokok – akan membantu ke arah melambatkan kesan penuaan. Apa manafaat yang bakal diperolehi daripada melakukan aktiviti fizikal secara kerap? Boleh tengok kat sini: http://kesihatan.biz/artikel/senaman-untuk-kesihatan-jantung.php Gaya Hidup Sihat