Antibiotik Tidak Berkesan untuk Demam Selsema

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Lancet (jurnal perubatan British) baru-baru ini, kira-kira satu pertiga daripada pesakit yang berjumpa doktor untuk jangkitan saluran pernafasan (URI) didiagnosis dengan rinosinusitis akut, dan 80 peratus daripada mereka diberi antibiotik, walaupun doktor tidak mempunyai kriteria yang jelas bagi membezakan antara jangkitan virus dengan bakteria.

Mengapa ia satu perbezaan yang penting? Ia penting kerana jangkitan bakteria boleh dirawat dengan antibiotik, namun jangkitan virus tidak boleh. Jika anda mengambil antibiotik untuk jangkitan virus, ia tidak akan membantu dan sebenarnya mungkin membahayakan anda. Pusat Kawalan Penyakit Amerika menekankan mesej tersebut di laman webnya (www.cdc.goc) seperti berikut:

“Adakah anda sedar bahawa demam selesema, selesema, kebanyakan sakit tekak, dan bronkitis adalah disebabkan oleh virus? Adakah anda tahu bahawa antibiotik tidak membantu melawan virus? Memang benar. Di samping itu mengambil antibiotik ketika anda mempunyai virus boleh mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan. Mengambil antibiotik apabila ianya tidak diperlukan meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan yang tahan rawatan antibiotik di kemudian hari.”

Kajian Lancet melibatkan 2,547 orang dewasa dengan tanda-tanda klinikal dan gejala rinosinusitis (lelehan hidung, rasa tidak selesa di pipi dan/atau muka, batuk, demam selsema). Para penyelidik memutuskan bahawa garis panduan yang menyarankan antibiotik diberikan selepas tujuh hari gejala tidak disokong oleh bukti. Mereka menyimpulkan bahawa secara umumnya, orang dewasa yang mengidap rinosinusitis akut tidak boleh mengambil antibiotik tidak kira apa gejala mereka kerana risiko kesan sampingan yang buruk dan peningkatan ketahanan antimikrobial.

Tiada siapa suka sakit, tetapi antibiotik bukan jawapannya, terutamanya bagi URI biasa dan gejala demam selsema. Walaupun gejala demam selsema bukanlah sesuatu selesa, namun penawar sup ayam buatan ibu, vitamin dan cecair adalah lebih berkesan dan kurang berisiko.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *