Skip to content
Reset Kesihatan
Reset Kesihatan

Info Kesihatan & Gaya Hidup Sihat untuk Imuniti Lebih Kuat

  • Home
  • Blog
  • Hubungi Kami
  • Koleksi Artikel
  • Produk Sokongan Imun
Reset Kesihatan
Reset Kesihatan

Info Kesihatan & Gaya Hidup Sihat untuk Imuniti Lebih Kuat

motivasi untuk bersenam

Motivasi Untuk Bersenam

Wan, 17/09/202313/10/2023

Senaman yang kerap adalah cara terbaik untuk mendapat manfaat kesihatan yang besar, terutamanya untuk warga emas. Kebanyakan warga emas mempunyai kurang motivasi untuk bersenam walau pun ianya boleh membantu mereka meningkatkan tahap tenaga, mengurangkan sakit sendi dan mengekalkan jantung yang sihat.

Berikut disenaraikan petua yang boleh diamalkan bagi membantu anda kekal bermotivasi untuk bersenam.

1. Jadikan ia sesuatu yang menyeronokkan

Boring asyik dengan treadmill? Perkara paling penting untuk membuatkan anda terus melakukan senaman ialah melakukan aktiviti yang anda suka, sama ada di dalam atau di luar rumah. Pelbagaikan aktiviti senaman untuk mengekalkan minat anda. Kajian yang diterbitkan dalam Scandinavian Journal of Medicine & Science in Sports [1] mendapati bahawa mereka yang mendapati senaman lebih menyeronokkan adalah lebih bermotivasi dan masih bersenam selepas enam bulan.

2. Jadikan senaman sebagai aktiviti sosial

Kajian mendapati bahawa mereka yang selalu berjalan dengan rakan-rakan lebih berkemungkinan untuk kekal dengan aktiviti berjalan berbanding dengan mereka yang berjalan sendirian [2]. Bersenam dengan rakan bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membantu anda untuk bertanggung jawab. Sebagai contoh, jika anda tiada motivasi untuk bersenam, anda akan bersemangat bila mengetahui yang rakan menunggu anda untuk bersenam.

Jika anda seorang pengguna media sosial, kongsikan komitmen anda untuk bersenam dengan membuat posting tentangnya. Mengetahui bahawa orang lain menyokong anda sudah cukup untuk menyemarakkan motivasi anda — dan anda juga mungkin memberi inspirasi kepada keluarga dan rakan untuk mengikuti jejak anda.

3. Bayangkan diri anda lebih sihat dan kuat

Kadang-kadang apa yang diperlukan untuk mengatasi kekurangan motivasi adalah membayangkan ganjaran yang bakal diperolehi. Dipanggil visualisasi, teknik asas yang power ini boleh membantu anda memanfaatkan pemacu dalaman anda. Dalam erti kata lain, fikirkan boleh — dan anda boleh mencapainya.

4. Tetapkan sasaran yang mampu dicapai

    Beralih daripada tidak bersenam kepada bersenam selama 30 minit sehari boleh menjadi sesuatu yang berat bagi sesetengah orang. Kajian yang diterbitkan dalam Frontiers of Psychology [3] membuktikan bahawa perasaan yakin dengan kebolehan dan menguasai pergerakan boleh menjadi pemacu yang kuat bagi mengekalkan motivasi untuk bersenam. Oleh itu ianya satu idea yang baik untuk menetapkan sasaran yang lebih kecil dan realistik untuk diri sendiri.

    Jika anda memilih untuk jadikan berjalan pantas sebagai senaman yang anda ingin lakukan, saya telah sediakan rancangan 30 hari berjalan untuk anda. Klik link ini untuk ke sana: Rancangan Berjalan

    5. Jejaki kemajuan senaman anda

      Log butiran sesi senaman anda dalam diari atau gunakan app penjejakan kecergasan, pedometer atau penjejak langkah. Kajian telah mengaitkan penjejak kecergasan boleh pakai, seperti jam pintar, dengan peningkatan ketara dalam tahap aktiviti. Mengelog aktiviti senaman anda boleh membantu anda memantau kemajuan anda dan ia akan mengekalkan motivasi untuk bersenam. Anda juga boleh memberi ganjaran untuk pencapaian yang dicapai. Contohnya, jika anda mencapai 10,000 langkah setiap hari selama seminggu, hadiahkan diri anda dengan sesuatu yang anda gemari — seperti sauna, kasut baharu atau buku terlaris baharu yang anda mahu baca.

      Apabila usia semakin meningkat, bersenam dengan kerap adalah salah satu perkara paling penting yang boleh anda lakukan untuk kelihatan dan berasa lebih muda serta kekal aktif lebih lama. Ia adalah pelaburan yang berbaloi untuk anda. Setiap kali anda tertanya-tanya bagaimana untuk mengatasi kekurangan motivasi untuk bersenam, semak semula lima petua di atas.

      Kesihatan Warga Emas

      Post navigation

      Previous post
      Next post

      Leave a Reply Cancel reply

      Your email address will not be published. Required fields are marked *

      Artikel Pilihan

      • Bagaimana Sistem Imun Melindungi Anda dari Serangan Penyakit
      • Kesihatan Sel: Panduan Penggunaan Suplemen
      • Kunci Kesihatan Sepanjang Hayat
      • Makanan Penjagaan Kesihatan Hati
      • Probiotik Untuk Sistem Imun: Panduan Ringkas untuk Orang Dewasa 40-an
      • Punca Penyakit Jantung – Adakah Kolesterol?
      • Radikal Bebas: Definisi, Punca dan Keburukannya
      • Rahsia Tahan Sakit: Sokongan Sistem Tubuh yang Ramai Tak Tahu

      Komen Terkini

      1. Fungsi dan Manfaat 4Life Transfer Factor untuk Imun Sihat on Pemakanan Sihat untuk Imun Kuat: Panduan Praktikal Untuk Dewasa 40+
      2. Fungsi dan Manfaat 4Life Transfer Factor untuk Imun Sihat on Peranan Sel NK dalam Pertahanan Badan: Apa yang Perlu Anda Tahu
      3. Apa Itu 4Life Transfer Factor dan Bagaimana Ia Berfungsi? on Peranan Sel NK dalam Pertahanan Badan: Apa yang Perlu Anda Tahu
      4. Fungsi dan Manfaat 4Life Transfer Factor untuk Imun Sihat on Apa Itu 4Life Transfer Factor dan Bagaimana Ia Berfungsi
      5. Sel NK dan Sistem Imun: Fakta Penting yang Perlu Anda Tahu on Apa Itu 4Life Transfer Factor dan Bagaimana Ia Berfungsi

      Arkib

      • August 2025
      • June 2025
      • January 2024
      • December 2023
      • November 2023
      • October 2023
      • September 2023

      Kategori

      • 4Life Transfer Factor
      • Gaya Hidup Sihat
      • Herba Tradisional
      • Kesihatan Warga Emas
      • Pemakanan Sihat
      • Sihat Sepanjang Hayat
      • Sistem Imun
      Info Kesihatan
      Kesihatan.biz membawakan info kesihatan yang berkualiti tinggi, berdasarkan kajian dan mudah difahami supaya anda boleh membuat keputusan terbaik untuk diri anda dan orang yang anda sayangi.
      PAUTAN PENTING
      Hubungi Kami
      Kedai Transfer Factor 4Life
      Penafian Tanggung Jawab
      Notis Privasi Peribadi 2010
      NEWSLETTER
      Dapatkan makluman tentang tawaran istimewa dan tips berguna daripada kami!

      NOTA: Sila semak emel anda untuk butiran pendaftaran.

      ©2025 Reset Kesihatan | WordPress Theme by SuperbThemes

      Last Updated on 2 years by Wan