Rancangan Berjalan Untuk Kesihatan Wan, 16/03/2014 Berjalan baik untuk kesihatan. Anda masih ragu-ragu? Anda tak perlu ragu-ragu lagi. Ramai doktor yang mengatakan; berjalan adalah satu daripada senaman yang baik. Berjalan yang menyihatkan adalah berjalan cepat, pantas atau laju, bukan sekadar berlenggang. Berjalan lebih baik daripada jogging atau berlari kerana ianya akan menyebabkan tekanan kepada buku lali, pinggul, lutut dan sendi. Bagi mereka yang baru nak memulakan aktiviti berjalan cepat, ni dia rancangan berjalan 4-minggu untuk menambahbaik tahap kesihatan dan membina kekuatan badan. Peringatan: Sebelum memulakan sebarang aktiviti fizikal, dapatkan nasihat doktor anda terlebih dahulu. Bermula secara perlahan — berjalan selama 10 minit sehari, 3 ke 4 kali seminggu — kemudian tingkatkannya. Catat perkembangan anda — berapa lama dan berapa jauh anda telah berjalan. Rancangan Hari Pertama: Hari ini hari pertama anda memulakan program berjalan anda. Mulakan dengan perlahan. Berjalan dengan langkah perlahan untuk 4 ke 5 minit. Regangkan betis dan urat keting anda selama 2 minit. Berjalan dengan langkah perlahan untuk 4 ke 5 minit lagi. Jangan paksa diri jika anda baru bermula. Anda akan hilang semangat atau mendapat kecederaan jika anda bermula terlalu cepat atau terlalu memaksa diri. Jangan lupa untuk berehat jika anda berasa letih. Jika anda mahu, esok anda boleh berjalan santai atau berlenggang. Kita akan teruskan dengan rancangan berjalan pantas pada hari ketiga. Bersambung… Berjalan Untuk Kesihatan