Petua Kesihatan Mata Alaf Baru Wan, 23/02/2014 Boleh dikatakan majoriti daripada kita duduk mengadap komputer atau lain-lain peralatan digital lebih daripada 7 jam sehari. Agaknya apa kesannya kepada mata kita? Amalan ini boleh menyebabkan mata kering dan sakit, sakit kepala, sakit leher, sakit belakang dan kelesuan. Pertubuhan Optometrik Amerika mencadangkan kita mengamalkan peraturan 20/20/20. Setiap 20 minit, berhenti daripada memandang layar peralatan digital selama 20 saat dan memandang sesuatu yang 20 kaki jauhnya. Sebagai sebahagian daripada diet yang sihat, makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari – terutamanya yang berwarna hijau. Enam nutrien; antioksidan lutein dan zeaxanthin, asid lemak, vitamin C dan E dan zink mineral dikenal pasti dapat membantu melindungi penglihatan dan menggalakkan kesihatan mata. Oleh kerana badan tidak membuat nutrien tersebut secara semula jadi, adalah penting ianya dimasukkan ke dalam diet harian, dan jika perlu, ambil suplemen untuk menampung kekurangan nutrien. Gaya Hidup Sihat
info yang amat bagos. Hari ini, ramai yang tidak mengamalkan hidup yang sihat dan tidak tahu supplement apa yang tidak ada kesan sampingan pada masa hadapan. Saya mengamalkan ubat-ubatan Homeopathy yang mana diyakini tidak ada kesan sampingan dan diiktiraf oleh World Of Organisation (WHO). Salah satu produk yang saya amalkan adalah produk migrex. Boleh rujuk di http://www.mymigrex.com Reply