Skip to content
Info Kesihatan
Info Kesihatan

Panduan & tips penjagaan kesihatan diri

  • Home
  • Blog
  • Artikel Pilihan
  • Produk Pilihan
  • Kedai 4Life TF
  • Hubungi Kami
Info Kesihatan
Info Kesihatan

Panduan & tips penjagaan kesihatan diri

Antioksidan dan Radikal Bebas

,

Antioksidan seperti Vitamin E atau beta karotena, secara sendirian tidak dapat menghalang penyakit jantung, melawan kanser, membasmi penyakit mata atau menghalang penyakit Alzheimer seperti didakwa sesetengah pihak.

Anggapan yang mengatakan antioksidan baik untuk kesihatan berpunca dari kajian yang mendapati mereka yang mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan mempunyai kesihatan jangka panjang yang lebih baik. Namun begitu untuk mendapatkan hasil yang diinginkan, seseorang harus mengambil pelbagai jenis antioksidan. Ujian menunjukkan bahawa penggunaan hanya satu jenis antioksidan sahaja memberikan hasil yang sangat mengecewakan.

Antioksidan merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein dan lemak. Radikal bebas merupakan hasil sampingan daripada proses penjanaan tenaga oleh badan kita. Antioksidan menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas. Radikal bebas juga menyebabkan kolesterol LDL menjadi lebih teruk dan menyebabkan kerosakan di merata tempat dalam tubuh kita.

Tubuh kita tidak menghasilkan antioksidan, namun ia memerlukan pelbagai jenis antioksidan untuk membantunya meneutralkan radikal bebas. Justeru kita perlu mengambil makanan yang mengandungi bahan tersebut. Para penyelidik antarabangsa telah membuat kajian ke atas lebih dari 1,000 makanan untuk menentukan tahap kandungan antioksidan di dalamnya. Mendahului senarai ialah beri acaiberry, blueberry, blackberry, walnut, strawberi, cranberi, raspberi, elderberi, bunga cengkih kisar, delima dan anggur merah.

Kesemua makanan tadi mengandungi antioksidan daripada jenis yang berbeza. Memilih hanya satu makanan yang kaya dengan antioksidan tidak dapat membantu anda untuk kekal sihat. Anda perlu memakan beberapa jenis makanan untuk mendapatkan pelbagai jenis antioksidan supaya dapat memberikan hasil yang diingini.

Sumber: Harvard Heart Letter/Premium Health News Service/TMSI

Pemakanan Sihat

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Komen Terkini

  1. Wan on Khasiat Moringa Untuk Lelaki
  2. Ahmad Jaffar on Khasiat Moringa Untuk Lelaki

Arkib

  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023

Kategori

  • Gaya Hidup Sihat
  • Herba Tradisional
  • Kesihatan Warga Emas
  • Pemakanan Sihat
  • Sihat Sepanjang Hayat
Info Kesihatan
Kesihatan.biz membawakan info kesihatan yang berkualiti tinggi, berdasarkan kajian dan mudah difahami supaya anda boleh membuat keputusan terbaik untuk diri anda dan orang yang anda sayangi.
PAUTAN PENTING
Hubungi Kami
Kedai Transfer Factor 4Life
Penafian Tanggung Jawab
Notis Privasi Peribadi 2010
NEWSLETTER
Dapatkan makluman tentang tawaran istimewa dan tips berguna daripada kami!

NOTA: Sila semak emel anda untuk butiran pendaftaran.

©2025 Info Kesihatan | WordPress Theme by SuperbThemes