Risiko Kesihatan Di Abad Ke-21 , Makanan adalah bahan asas untuk kehidupan, namun begitu makanan juga penyebab ramai rakyat Malaysia mengalami masalah kesihatan. Sekiranya seseorang itu mempunyai tabiat makan yang buruk, dia sengaja mengundang masalah kesihatan. Tabiat makan yang buruk inilah punca utama meningkatnya risiko kesihatan di kalangan rakyat Malaysia. Gaya hidup masyarakat di zaman ini yang semakin gemar makan makanan segera, makanan bergoreng dan tinggi lemak dikenal pasti sebagai antara punca meningkatkannya penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Gaya hidup zaman moden yang membimbangkan, terutamanya di kalangan warga kota, ialah makan lewat malam. Ramai yang gemar makan selepas jam 12 tengah malam kerana banyak restoran makanan segera, restoran mamak dan trak makanan yang beroperasi 24 jam. Apabila makan tanpa mengikut jadual pemakanan, tubuh tidak menerima diet yang betul. Akhirnya terdedah dengan pelbagai masalah kesihatan. Satu lagi trend yang membimbangkan ialah makanan viral, yang amat digemari oleh gologan remaja, kerana ianya mempunyai risiko kesihatan yang tinggi. Makanan tersebut, terutamanya berkaitan pencuci mulut, mempunyai kandungan gula yang tinggi. Makanan seperti bubble tea, wafel aiskrim dan banyak lagi amat digemari golongan remaja kerana ia mempunyai sifat yang menarik seperti bungkusan, warna dan harga ditawarkan juga rendah. Apa yang membimbangkan ialah menjelang tahun 2025, dianggarkan kira-kira tujuh juta rakyat yang berusia 18 tahun ke atas berisiko mengidap kencing manis. Mereka yang makan makanan yang dimasak di rumah juga terdedah kepada risiko kesihatan. Ini disebabkan oleh kaedah penternakan dan pertanian moden. Ayam yang dijual di pasar atau pasar raya selalunya disuntik dengan antibiotik, hormon dan steroid. Antibiotik diketahui boleh mendatangkan malapetaka pada sistem imun manusia, manakala gen rintangan tidak dapat membezakan antara antibiotik yang berguna dan berbahaya. Oleh itu, imuniti anda sentiasa diserang, dan kesan sampingan antibiotik, hormon, dan steroid boleh membuat anda sakit. Kajian juga menunjukkan bahawa ayam daging boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan penambahan berat badan yang tidak seimbang. Bagaimana dengan sayur-sayuran dan buah-buahan? Buah-buahan dipetik sebelum masak dan dirawat menggunakan gas dan radiasi. Sayuran-sayuran disembur dengan racun serangga. Bahan-bahan kimia ini tidak akan hilang walau pun kita membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan. Ini semua meningkatkan risiko kesihatan. Tidak hairanlah kalau di zaman ini ramai orang yang mengidap kanser dan penyakit kronik yang lain. Untuk menjaga kesihatan, kita seharusnya menjauhkan diri dari perkara yang dinyatakan di atas. Kurangkan makan makanan segera, daging atau ayam “proses”. Banyakkanlah makan sayur-sayuran hidrofonik dan buah-buahan tempatan seperti manggis, rambutan dsb (yang bebas dari gas & radiasi). Menurut pakar pemakanan bertauliah, untuk perlindungan dari penyakit, kita perlu mengambil makanan tambahan terdiri daripada vitamin, mineral, serat dan asid amino. Vitamin A, C dan E kaya dengan antioksidan yang mampu menghapuskan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul yang tidak stabil, yang boleh merosakkan sel tubuh dan menyebabkan penyakit dan penuaan. Dalam tubuh kita terdapat beribu billion molekul yang membentuk sel, sel membentuk tisu, tisu membentuk organ. Molekul yang rosak akan membentuk sel yang rosak dan seterusnya organ yang rosak. Sel dan organ yang turut rosak adalah sel dan organ yang membentuk sistem imun justeru menjejaskan fungsinya. Sekiranya sistem imun tidak berfungsi dengan baik, kita akan terdedah kepada ancaman berbagai penyakit seperti kencing manis, kanser, lelah, alahan dan bermacam-macam lagi. Tubuh kita tidak mengeluarkan antioksidan untuk menutralkan radikal bebas. Kita perlu mendapatkan antioksidan daripada diet kita. Terdapat beberapa jenis buah-buahan dan sayuran yang mengandungi antioksidan. Beri Acai, sejenis buah beri dari hutan Amazon, mempunyai kandungan antioksidan yang tertinggi jika dibandingkan dengan buah-buahan atau sayur-sayuran lain. Dari kajian yang dilaksanakan, kandungan antioksidan dalam beri Acai adalah 33 kali lebih banyak dari teh hijau. Buah delima, anggur merah dan beberapa jenis beri tertentu juga mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Untuk melindungi diri kita daripada risiko kesihatan, kita perlu mengamalkan gaya hidup sihat (pemakanan sihat, bersenam, kurangkan pengambilan gula dan tangani tekanan dengan baik) Gaya Hidup Sihat