Usus Sihat: 6 Cara Untuk Menyokong Ekosistemnya , Usus Sihat dan Kesihatan Sistem Imun Mikrobiom usus manusia ialah ekosistem yang terdiri daripada lebih daripada 1,000 mikroorganisma seperti bakteria, kulat dan virus. Usus yang sihat boleh memberi pengaruh besar kepada metabolisme, berat badan, dan terutamanya kesihatan imun. (1) Penting untuk anda melakukan yang terbaik bagi memelihara ekosistem usus anda. Berita baik: ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membuat perubahan. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut! Berapa Besarkah Sistem Imun Dalam Usus Anda? Tahukah anda bahawa kira-kira 70% daripada sistem imun anda berada di dalam usus anda? Inilah sebabnya pemakanan anda penting kerana sel-sel sistem imun anda dipengaruhi oleh apa yang anda makan. Sel-sel imun ini juga dipengaruhi oleh kepelbagaian dan komposisi usus anda. Kepelbagaian Mikrobiom Usus Kepelbagaian mikrob merujuk kepada bilangan spesies yang berbeza dalam ekosistem usus anda. Kajian menunjukkan bahawa kepelbagaian ini boleh menjadikan usus anda lebih mudah beradaptasi dan berdaya tahan, sebaliknya, kekurangan kepelbagaian telah dikaitkan dengan beberapa isu kesihatan. (2, 3) Sebagai contoh, berat badan tidak sihat atau pemakanan yang kurang sihat boleh menyebabkan kekurangan kepelbagaian mikrob usus, tindak balas imun yang tidak normal dan keradangan. Keradangan ini secara langsung akan menjejaskan keseimbangan mikrobiom usus dan boleh mempengaruhi tindak balas sistem imun anda terhadap jangkitan secara negatif. (4) Sebaliknya, anda boleh mengekalkan biom usus sihat dan pelbagai (dan sistem imun) dengan menambah baik pemakanan dan gaya hidup anda. Mengembalikan Usus Sihat Memulihkan kesihatan usus bukan sahaja tentang menjaga kesihatan fizikal dan pemakanan. Persekitaran dan kesihatan mental juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan usus! Berikut adalah enam perkara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kesihatan usus anda: 1. Luangkan masa dengan alam semula jadi Masa untuk bermesra dengan alam semulajadi! Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa di luar boleh memberikan kesan positif kepada ekosistem usus dan menyokong sistem imun anda. (5) 2. Lebihkan makanan berserat dalam pemakanan anda Tahukah anda serat makanan mengawal komposisi usus? (6) Lebihkan serat dalam makanan anda, dan usus anda pasti bertambah sihat!! Makanan tinggi serat: lentil, oat, kacang hijau, kacang kuda, ubi keledek, epal dan brokoli. 3. Ambil probiotik Probiotik mengandungi strain bakteria yang menyumbang kepada bakteria usus yang sihat. Makanan dengan probiotik: yogurt, susu mentah, keju mentah, sup miso, kombucha, jeruk, sauerkraut. Jika anda mahukan lebih banyak probiotik, 4Life Probiotics memang sesuai untuk anda! 4. Makan makanan berasaskan tumbuhan Pilih sayuran hijau dan kekal sihat dengan makanan berasaskan tumbuhan! Polifenol ialah sebatian tumbuhan yang menyumbang kepada kesihatan usus. (7) Pemakanan berasaskan tumbuhan meningkatkan mikrobiom usus dan sistem imun. Sayuran yang menyihatkan usus: articok, bawang merah, bayam, chicory merah dan hijau. 5. Uruskan stres Stres juga memainkan peranan dalam mengubah kesihatan usus anda! Stres juga boleh mempengaruhi pemilihan makanan yang tidak sihat dan memberi kesan negatif kepada kesihatan metabolik. Selain itu, stres dan kemurungan boleh mengubah komposisi ekosistem usus melalui hormon stres dan keradangan. (8) 6. Sokong sistem usus dan sistem imun yang lebih sihat Gaya hidup sihat dan rendah stres dengan penekanan kepada tidur berkualiti, senaman dan makanan berasaskan tumbuhan ialah cara terbaik untuk menyokong usus sihat dan fungsi sistem imun yang baik. Rujukan: Gut ecosystem: how microbes help us. A healthy gastrointestinal microbiome is dependent on dietary diversity. Diversity, stability and resilience of the human gut microbiota. If you want to boost immunity, look to the gut. Let nature support your microbiome. Dietary fibre modulates the gut microbiota. Polyphenols-gut microbiota interplay and brain neuromodulation. Stress, depression, diet, and the gut microbiota: human–bacteria interactions at the core of psychoneuroimmunology and nutrition. Gaya Hidup Sihat