Skip to content
Info Kesihatan
Info Kesihatan

Panduan & tips penjagaan kesihatan diri

  • Home
  • Blog
  • Artikel Pilihan
  • Produk Pilihan
  • Kedai 4Life TF
  • Hubungi Kami
Info Kesihatan
Info Kesihatan

Panduan & tips penjagaan kesihatan diri

Jantung Sihat: Bila Hidup Cara Sihat

,

Untuk memastikan kesihatan jantung, seseorang perlu menjalani gaya hidup yang sihat. Berikut adalah antara amalan gaya hidup sihat dan info tambahan untuk jantung sihat:

Berhenti Merokok

Para penyelidek telah membuktikan bahawa terdapat pertalian antara penyakit jantung dengan merokok. Dua pertiga dari mereka yang meninggal akibat penyakit jantung adalah perokok. Terdapat lebih 4,000 bahan kimia dan 40 jenis karsinogen di dalam asap rokok. Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Ini kerana asap rokok si perokok akan membahayakan kesihatan mereka yang berada di sekeliling mereka. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?

Jalani Hidup Dengan Tenang

Kajian telah mengesahkan bahawa perasaan dan tindakan seseorang akan memberi kesan kepada kesihatan jantungnya. Kini ramai orang terlalu sibuk bekerja sehingga mengabaikan kesihatan. Mereka bekerja hingga larut malam dan kurang rehat. Ini akan membuat hidup mereka menjadi tertekan. Bagaimana kita mengurus atau menerima sesuatu perkara dalam kehidupan juga boleh menimbulkan tekanan. Berusahalah untuk menangani tekanan dengan baik. Terdapat beberapa cara untuk kurangkan tekanan tanpa perlu mengambil ubat.

Jantung Sihat Sepanjang Hayat

Pada tahun 2020 dilaporkan terdapat 18,515 kematian akibat penyakit jantung, atau 50 kematian setiap hari. Ia merupakan penyebab kematian utama di Malaysia. Ini memberi gambaran sebenar gaya hidup moden yang meliputi diet, senaman, waktu bekerja dan merokok. Makanan segera yang mengandungi kadar lemak yang tinggi, natrium dan karbohidrat tulen sudah menjadi satu kebiasaan. Rakyat Malaysia juga kurang bersenam, banyak masa di habiskan di dalam pejabat yang berhawa dingin. Ramai juga yang masih merokok walaupun harga rokok naik setiap tahun.

Sudah sampai masanya untuk kita semua mengambil berat tentang kesihatan kita. Kita tidak mempunyai cara lain melainkan mengubah gaya hidup kita. Menjalani gaya hidup sihat memerlukan komitmen.

Penyakit jantung dan strok tidak menyerang mereka yang gemuk sahaja, yang kurus juga turut diserang penyakit jantung dan strok. Orang gemuk yang fit mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat penyakit jantung berbanding dengan orang kurus yang tidak fit. Untuk menjadi fit, anda perlu menjalani gaya hidup sihat.

Jika kita selalu bersenam, makan dalam kuantiti sederhana, makan makanan seimbang, tidak meminum alkohol, tidak merokok dan mempunyai rehat yang cukup, besar kemungkinan jantung kita akan kekal sihat untuk tempoh masa yang lama.

Apa perbezaan antara sakit jantung dengan strok?

Sakit jantung terjadi apabila terdapat pengurangan aliran darah ke otot jantung, yang biasanya disebabkan oleh plak dan darah beku. Strok pula terjadi apabila berlaku gangguan terhadap bekalan darah ke otak, yang mungkin disebabkan oleh darah beku atau keradangan pembuluh darah. Strok boleh membawa kepada kematian serta merta atau kecacatan kekal.

Punca Keradangan Pembuluh Darah

Para penyelidik menemui bahawa paras homosistin yang tinggi dalam darah akan menyebabkan keradangan pembuluh darah dan darah lebih mudah menjadi beku. Bekalan nutrien yang cukup amat penting dalam pengawalan paras homosistin tersebut. Antara nutrien tersebut adalah Vitamin B6, B9 dan B12. Dr. Lundell, pakar bedah jantung, mendedahkan bahawa punca sebenar penyakit jantung adalah keradangan pembuluh darah, bukannya paras kolesterol yang tinggi. Tulisan beliau, yang telah diterjemahkan ke Bahasa Malaysia, boleh dibaca DI SINI.

 

Gaya Hidup Sihat

Post navigation

Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Komen Terkini

  1. Wan on Khasiat Moringa Untuk Lelaki
  2. Ahmad Jaffar on Khasiat Moringa Untuk Lelaki

Arkib

  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023

Kategori

  • Gaya Hidup Sihat
  • Herba Tradisional
  • Kesihatan Warga Emas
  • Pemakanan Sihat
  • Sihat Sepanjang Hayat
Info Kesihatan
Kesihatan.biz membawakan info kesihatan yang berkualiti tinggi, berdasarkan kajian dan mudah difahami supaya anda boleh membuat keputusan terbaik untuk diri anda dan orang yang anda sayangi.
PAUTAN PENTING
Hubungi Kami
Kedai Transfer Factor 4Life
Penafian Tanggung Jawab
Notis Privasi Peribadi 2010
NEWSLETTER
Dapatkan makluman tentang tawaran istimewa dan tips berguna daripada kami!

NOTA: Sila semak emel anda untuk butiran pendaftaran.

©2025 Info Kesihatan | WordPress Theme by SuperbThemes