Skip to content
Info Kesihatan
Info Kesihatan

Panduan & tips penjagaan kesihatan diri

  • Home
  • Blog
  • Artikel Pilihan
  • Produk Pilihan
  • Kedai 4Life TF
  • Hubungi Kami
Info Kesihatan
Info Kesihatan

Panduan & tips penjagaan kesihatan diri

4 Langkah Ke Arah Gaya Hidup Sihat

,

Apa sebenarnya gaya hidup sihat?

Portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyenaraikan 4 gaya hidup sihat iaitu:

  • Makan secara sihat
  • Tidak merokok
  • Lakukan aktiviti fizikal
  • Belajar menangani stres

Banyak lagi portal atau laman web yang memberi panduan tentang gaya hidup sihat. Dalam Twitter KKM, disenaraikan 9 gaya hidup sihat iaitu:

  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Urus tekanan dengan bijak
  • Kurangkan pengambilan gula tambahan
  • Kekal hidrat
  • Kekal berhubung
  • Ambil makanan berkhasiat dan seimbang
  • Hadkan pengambilan alkohol
  • Berhenti merokok
  • Lakukan senaman

Apakah faedah mengamalkan gaya hidup sihat?

Mengikut kajian yang dijalankan di Universiti Harvard dari tahun 1986 ke 2014, mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat (makan secara sihat, melakukan aktiviti fizikal, mengekalkan berat badan yang sihat, tidak merokok, dan menghadkan pengambilan alkohol) hidup lebih lama daripada mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Mereka yang tidak mempunyai tabiat yang baik ini jauh lebih berkemungkinan mati lebih awal akibat kanser atau penyakit jantung.

Jika gaya hidup sihat besar manfaatnya, kenapa masih ramai rakyat Malaysia yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat? Adakah kerana mereka tidak kisah disebabkan Malaysia mempunyai perkhidmatan kesihatan antara yang terbaik? Atau adakah mereka tidak mempunyai pilihan?

Makan secara sihat: Bagi mereka yang bekerja, makanan yang disajikan di kantin atau di restoran selalunya tidak memenuhi kriteria makanan sihat seperti rendah gula, garam dan lemak? Bagaimana pula dengan tabiat mmakan makanan segera, restoran makanan segera atau di restoran mamak?

Tidak merokok: Mengikut laporan akhbar-akhbar utama dan juga kajian yang dijalankan oleh universiti tempatan, kempen tak nak merokok didapati tidak berjaya. Walaupun telah berpuluh tahun diadakan kempen anti merokok, masih terdapat hampir lima juta penduduk Malaysia yang merokok. Jumlah ini masih sama seperti dua puluh tahun lalu walaupun harga sekotak rokok sudah melambung naik lebih empat kali ganda.

Lakukan aktiviti fizikal: Mereka yang bekerja mungkin merasa sukar untuk meluangkan 30 minit sehari untuk melakukan senaman. Bagi yang bekerja di bandar besar, jam 6.30 pagi sudah berada di jalanan untuk ke tempat kerja, dan jam 6.30 petang baru sampai balik di rumah.

Belajar menangani stres: Keadaan yang menimbulkan stres selalu berlaku. Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan gaya hidup di dunia moden yang serba pantas ini. Mereka yang mengalami stres boleh mengamalkan kaedah 10B seperti yang dicadangkan oleh Portal MyHealth KKM. Bagi saya, kaedah yang paling penting ialah “bercakap dengan seseorang”. ianya akan membuka jalan untuk sesorang untuk “bertenang”, “berkata tak mengapa”, dan “berfikiran positif”.

Mungkin cara terbaik untuk membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat ialah melalui program kesihatan awam dan perubahan polisi, seperti yang dilaksana untuk pemakaian topi keledar dan tali pinggang keledar.

Gaya Hidup Sihat

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Komen Terkini

  1. Wan on Khasiat Moringa Untuk Lelaki
  2. Ahmad Jaffar on Khasiat Moringa Untuk Lelaki

Arkib

  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023

Kategori

  • Gaya Hidup Sihat
  • Herba Tradisional
  • Kesihatan Warga Emas
  • Pemakanan Sihat
  • Sihat Sepanjang Hayat
Info Kesihatan
Kesihatan.biz membawakan info kesihatan yang berkualiti tinggi, berdasarkan kajian dan mudah difahami supaya anda boleh membuat keputusan terbaik untuk diri anda dan orang yang anda sayangi.
PAUTAN PENTING
Hubungi Kami
Kedai Transfer Factor 4Life
Penafian Tanggung Jawab
Notis Privasi Peribadi 2010
NEWSLETTER
Dapatkan makluman tentang tawaran istimewa dan tips berguna daripada kami!

NOTA: Sila semak emel anda untuk butiran pendaftaran.

©2025 Info Kesihatan | WordPress Theme by SuperbThemes