Apa Itu Kelembapan Dalam Badan? Istilah “kelembapan” digunakan dalam perubatan Cina dan boleh menjadi punca kepada banyak masalah seperti sakit sendi dan anggota badan, sakit kepala, masalah penghadaman, kelesuan dan kemurungan, dan masalah kulit seperti jerawat. Orang Cina percaya bahawa persekitaran luaran dan persekitaran dalaman badan boleh bergabung untuk menyebabkan terlalu banyak “kelembapan”. Di musim banjir, anda mungkin merasakan kelembapan dalam badan apabila anda bangun dari tidur. Anda lebih perlahan untuk bergerak, tangan anda dan bahagian lain sakit dan anda fikiran anda mungkin kabur. Apa yang anda perlu lakukan? Berikut dikongsikan beberapa cadangan. Pemakanan: Elakkan makanan dan minuman ais, makanan berat dan makanan berminyak, terutamanya di musim hujan. Anda boleh mengenali makanan “lembap” melalui teksturnya; lembut dan melekit seperti keju, pisang, pastri, dan makanan goreng bila ia sejuk. Makanan untuk memperbaiki keadaan termasuk asparagus, barli, kacang merah, oat, beras perang, daging bakar, karot dan teh hijau. Juga makan lebih bawang besar, bawang putih, halia dan rempah aromatik untuk menggalakkan pergerakan qi penghadaman. Sauna: Pergi mandi sauna suhu rendah untuk mengeluarkan peluh ringan. Sauna bersuhu tinggi, yang menggalakkan pengeluaran peluh yang banyak, boleh merosakkan yin tubuh. Bekam: Terapi bekam boleh digunakan untuk membuang kelembapan dan kesejukan, membuka meridian dan menghilangkan stasis, menggalakkan qi dan peredaran darah, mengurangkan bengkak dan kesakitan, menggalakkan detoksifikasi, mengimbangkan yin dan yang, menghilangkan keletihan, dan meningkatkan fungsi badan. Akupuntur: Akupuntur boleh membantu menghilangkan kelembapan di dalam badan dengan membantu menggalakkan peredaran dan menyokong pusat penghadaman badan (limpa dan perut). Suhu daripada moksibusi juga boleh membantu mengeringkan kelembapan. Gaya hidup: Ramai orang yang mengalami kelembapan yang tinggi disebabkan kurang bersenam. Sesetengah dari mereka merasa berat badan dan lemah sepanjang masa dan susah untuk bersenam dan menggerakkan badan. Bersenam secara sederhana boleh membantu. Mengelak kelembapan bukan bermakna anda tidak boleh melawat taman tema air. Nikmatilah keriangan di sana tetapi jangan lupa untuk menjaga badan anda. Jangan pakai pakaian basah atau membiarkan rambut anda basah untuk tempoh yang lama. Saya yakin cadangan untuk mengurus kelembapan di atas akan meningkatkan kesihatan diri dan keluarga anda.