Manfaat Buah dan Sayur Ungu

Amalan pemakanan sihat tidak akan lengkap sekiranya buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna ungu tidak termasuk dalam diet anda. Sebabnya buah-buahan dan sayur-sayuran tersebut mengandungi antosianin, ia-itu pigmen asli berwarna merah, biru dan ungu. Menurut J. Scott Smith, profesor kimia makanan dari Kansas State University, antosianin adalah sangat baik untuk kesihatan kerana ia adalah antioksidan yang kuat dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun, mengekalkan kesihatan dan mengelakkan penyakit.

"Kini antioksidan menjadi bualan ramai," kata Smith lagi. "Semua orang berminat dengan antioksidan kerana ia dipercayai baik untuk kesihatan."

Antosianin lebih biasa diperolehi dari buah-buahan berbanding dengan sayur-sayuran, kata Smith, merujuk kepada warna merah pekat dan ungu pada kulit epal dan anggur. Disebabkan antosianin sensitif kepada pH, ia akan kelihatan lebih merah atau biru bergantung kepada jenis makanan.

Antosianin biasa terdapat di dalam buah beri seperti; blueberry, cranberry, raspberry, blackberry dan anggur merah.

"Itu sebablah mengapa orang berkata, "makanlah buah beri anda", kerana ia sangat baik untuk kesihatan", kata Smith.

Kata Smith lagi, ekstrak makanan yang mengandungi antosianin juga baik untuk kesihatan. Trend terkini industri makanan adalah menggunakan warna asli bagi menggantikan warna tiruan. Antosianin boleh diekstrak dari buah-buahan atau sayur-sayuran dan digunakan sebagai pewarna asli di dalam makanan.

"Wain merah diperbuat dari anggur, oleh itu ia juga mengandungi antosianin. Selain itu ia juga mengandungi resveratrol, sejenis antioksidan dan baik untuk kesihatan jantung."

Menurut Smith lagi, terdapat beberapa makanan ungu lain, yang tidak begitu dikenali, juga mengandungi antosianin. Sejak berkurun penduduk Amerika Selatan menanam jagung ungu. Terdapat juga bunga kubis ungu dan karot ungu.

"Warna merah pekat dan ungu pada ubi bit bukan disebabkan oleh antosianin", kata Smith. "Warna ungu pada ubi bit datangnya dari pigmen betalen, yang menggantikan antosianin dalam sesetengah pokok. Betalen juga adalah antioksidan yang baik untuk kesihatan."

Sumber: HealthNewsDigest.com


Artikel Kesihatan Lain

Antioksidan dan Kesihatan Anda
Antioksidan seperti Vitamin E atau beta karotena, secara sendirian tidak dapat menghindarkan penyakit jantung, melawan kanser, membasmi penyakit mata atau menghalang penyakit Alzheimer seperti didakwa sesetengah pihak....  [Baca selanjutnya]

Hidup Sihat, Jantung Sihat
Sekiranya anda menyayangi jantung anda, berhentilah merokok dengan serta merta. Sekiranya anda tidak menyayangi jantung anda, sayangi jantung mereka yang berada di sekeliling anda. Sekiranya anda tidak sanggup berbuat demikian, fikirkan bahawa adakah wajar untuk mereka menyayangi anda?...  [Baca selanjutnya]

Radikal Bebas, Penyakit dan Penuaan
Kemajuan dalam bidang perubatan sejak se abad yang lalu telah meningkatkan jangka hayat manusia sebanyak 50%. Pembangunan sistem pembetungan yang maju, air bersih, antibiotik, vaksin dan kebersihan diri telah berjaya menghapus- kan kebanyakan penyakit berjangkit. Jangka hayat dapat dipanjangkan dan penyakit akut bukan lagi penyebab kematian utama...  [Baca selanjutnya]

Risiko Kesihatan Di Abad Ke-21
Di zaman moden ini kita susah mahu menjauhkan diri dari mempunyai tabiat makan yang buruk. Kita selalu memakan makanan segera yang mengandungi bahan kimia yang membahayakan kesihatan. Kita juga selalu makan di restoran makanan segera. Minyak yang digunakan untuk menggoreng diguna berulang- ulang kali, amalan ini sangat tidak baik untuk kesihatan... [Baca selanjutnya]

Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?
Benarkah kolesterol merupakan punca penyakit jantung? Kajian oleh para pakar menunjukkan bahawa kolesterol bukan punca utama penyakit jantung. Badan kita sebenarnya memerlukan kolesterol LDL untuk membina sel dan berbagai hormon. Terdapat bahan lain yang menyebabkan pembuluh darah menjadi bengkak lalu menyempitkannya... [Baca selanjutnya]