Info Penting Mengenai Kanser - Bahagian 1

Setiap orang dari kita mempunyai sel kanser di dalam tubuh masing- masing. Sel kanser ini tidak dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ianya membiak ke jumlah beberapa ribu juta. Sel kanser hanya akan dikesan apabila ia telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan.

Disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah sewajarnya untuk mencegah penyakit kanser:

  1. Seseorang akan mendapat sel kanser sebanyak enam hingga sepuluh kali dalam hayatnya.
  2. Sistem imun yang sihat akan memusnah dan menghalang sel kanser daripada membiak dan membentuk tumor.
  3. Kanser mungkin disebabkan oleh kekurangan zat makanan, alam sekitar, gaya hidup, makanan dan genetik.
  4. Perubahan diet dan pengambilan makanan tambahan yang sesuai boleh mengekalkan kesihatan sistem imun, yang boleh menghalang pembiakan sel kanser.
  5. Rawatan kemoterapi memusnahkan sel kanser, tetapi dalam masa yang sama ia turut memusnahkan sel tubuh yang sihat. Begitu juga dengan rawatan radiasi.
  6. Untuk membiak, sel kanser memerlukan makanan yang diperolehi melalui:
  7. Pengambilan gula; dengan mengurangkan pengambilan gula, ianya dapat memutuskan bekalan makanan kepada sel kanser. Pemanis tiruan bukan alternatif yang baik. Alternatif yang lebih baik ialah madu asli atau daun stevia.
  8. Garam halus; bahan kimia digunakan untuk membuat ia kelihatan putih, baik untuk sel kanser. Bertukar kepada garam laut (kasar) atau garam bukit.
  9. Susu lembu; segelas susu boleh mengandungi campuran sebanyak 20 ubat penahan sakit, antibiotik dan hormon pertumbuhan. Ia juga boleh membuat tubuh menghasilkan mukus atau lendir terutamanya di trek usus perut. Sel kanser memakan mukus. Bertukarlah kepada susu segar daripada ternakan yang bebas daripada ubat penahan sakit, antibiotik dan hormon pertumbuhan.
  10. Sel kanser subur dalam persekitaran berasid. Makanan berasaskan daging adalah berasid. Lebih baik untuk makan ikan atau sedikit ayam. Daging juga mengandungi antibiotik, hormon pembiakan dan parasit yang membahayakan terutamanya kepada pesakit kanser.

Klik pada pautan untuk "Maklumat Penting Mengenai Kanser, Bahagian 2.


Artikel Kesihatan Lain

Yogurt bantu kurangkan tekanan darah tinggi
Pengambilan yogurt sebanyak lima kali seminggu berupaya mengurangkan risiko darah tinggi sebanyak 20 peratus.

Telur bantu tahan perut daripada lapar
Pengambilan telur dalam hidangan setiap hari terutamanya pada waktu pagi dikatakan dapat mencegah individu daripada berasa lapar dan perasaan untuk mengunyah.

Amalkan gaya hidup sihat
Kini semakin ramai yang memilih mengamalkan cara hidup sihat. Lebih mudah untuk mengekalkan kesihatan yang baik sekiranya anda tahu cara hidup sihat.

Pantau Kesihatan Anda
Rancang jadual pemeriksaan kesihatan anda secara berkala iaitu bulanan, suku tahun atau tahunan kerana anda perlu sentiasa mengetahui tahap kesihatan anda. Anda juga boleh memantau sendiri dengan mengukur BMI anda supaya sentiasa dalam keadaan normal.

Ubah sikap jika mahu tangani masalah kegemukan
FAKTOR utama yang menyumbang kepada masalah kegemukan adalah sikap tidak mengambil berat berhubung pemakanan sihat. Kebanyakan yang mengalami kegemukan bukannya tidak menyedari atau tidak mengetahui apa itu pemakanan sihat tetapi mereka sebenarnya tidak mengambil kisah apa yang dimakan dan diminum.