Adakah Anda Masih Ingin Merokok?

Seperti 80% perokok yang lain, anda mungkin telah mencuba beberapa kali untuk berhenti merokok tetapi tidak berjaya. Apakah ianya terlalu lewat untuk anda berhenti? Jawapannya sudah tentu tidak.

Sekalipun anda berhenti merokok pada umur 60 atau 80 sekalipun, masih banyak kesan buruk akibat merokok dapat dihentikan. Adakah anda tergolong dalam 46% perokok dewasa yang tidak percaya merokok berbahaya kepada kesihatan, atau pun golongan yang percaya tiada faedahnya jika berhenti sekarang kerana sudah terlewat. Jika anda tergolong dalam kumpulan ini, perhatikan fakta berikut:

  • Dalam masa lapan jam selepas berhenti merokok, kadar denyutan nadi dan tekanan darah turun dan paras oksigen dalam badan anda akan naik.
  • Dalam tempoh 24 jam selepas berhenti, risiko serangan jantung menurun.
  • Selepas sebulan, peredaran darah bertambah baik, tenaga anda bertam- bah dan fungsi paru-apru anda meningkat sebanyak 30%
  • Selepas setahun, risiko anda mendapat penyakit jantung menurun sebanyak 50% jika dibanding dengan mereka yang terus merokok.
  • Selepas 5 tahun, risiko anda mendapat strok mula menurun.
  • Selepas 10 tahun, kemungkinan anda mendapat kanser paru-paru adalah sama dengan mereka yang tidak pernah merokok.

Kesan Merokok Kepada Kesihatan

Setiap kali anda menyedut asap rokok, anda menyerap masuk lebih dari 4,700 bahan kimia yang telah terbukti memberi kesan buruk kepada setiap inci tubuh anda. Antara kesan tidak serius ialah kulit lebih cepat berkedut, gigi dan jari menjadi kuning dan lambat baik dari luka.

Antara kesan yang sangat berbahaya ialah osteoporosis, retak pinggul, katarak, kencing manis, kehilangan gigi dan emfisema.

Di Amerika, setiap tahun sejumlah 400,000 orang meninggal dunia atas sebab yang berpunca daripada merokok. 50% dari kematian tersebut disebabkan penyakit kardiovaskular dan 30% lagi oleh kanser paru-paru. Merokok membahayakan jantung anda, jika anda berhenti merokok, risiko mendapat serangan jantung menurun sebanyak 50% dalam masa setahun. Merokok juga berada di tangga teratas dalam senarai penyebab kanser.

Masalah Merokok

Merokok adalah ketagihan, mudah dan jelas. Jangan salahkan diri anda jika anda telah beberapa kali cuba untuk berhenti tetapi gagal. Kandungan utama tembakau ialah nikotin dan ia merupakan dadah yang paling kuat menyebabkan ketagihan.

Cara Berhenti Merokok

Adakah tiada harapan lagi? Tidak, masih ada harapan. Ramai yang telah berjaya berhenti merokok dan anda pun boleh, jika anda mahu.

Jika anda benar-benar mahu berhenti, disenaraikan beberapa cara untuk membantu anda:

  • Tetapkan tarikh untuk berhenti dan patuhinya. Pakar menyatakan bahawa mereka yang menetapkan tarikh mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk berjaya berhenti merokok.
  • Elakkan diri dari mendapat tekanan perasaan atau stres. Banyak petua yang boleh diamalkan untuk mengurangkan tekanan/stres.
  • Terus berhenti, jangan tunggu-tunggu lagi. Kalau anda ikut cara ini, anda mungkin akan mengalami sindrom tarikan untuk tempoh selama 7 hingga 10 hari. Namun jangan risau, anda akan berjaya mengharungi cabaran tersebut.n
  • Buang kesemuanya. Pada hari yang ditetapkan, buang semua rokok, termasuk yang tersembunyi di mana-mana. Buang pemetik api, mancis dan tempat habuk rokok.
  • Bersedia untuk melawan keinginan untuk merokok. Semasa anda melalui sindrom tarikan, anda mungkin mengalami gejala berikut: masalah perut, sukar memberi tumpuan, mengantuk, susah untuk tidur dan mudah marah.
  • Anda boleh berhenti secara beransur-ansur. Sebaik saja nikotin telah dinyah keluar dari tubuh anda, gejala sindrom tarikan akan hilang sedikit demi sedikit. Ada kemungkinan ianya tidak hilang kesemuanya kerana satu tidak akan pernah cukup. Jika anda merokok sebatang anda ingin sedozen ataupun lebih.

Lagi Tips Untuk Berhenti Merokok

Disenaraikan tips untuk membantu anda berhenti merokok:

  • Tukar kebiasaan anda
  • Elakkan tekanan atau stres
  • Elakkan bekerja hingga lewat hari
  • Jauhkan diri dari perokok
  • Berikan kata-kata semangat kepada diri anda setiap hari
  • Buat janji dan beri ganjaran kepada diri sendiri
  • Menabung duit rokok
  • Curi masa: Lambat-lambatkan menyalakan rokok
  • Minum air secukupnya
  • Kurangkan minuman yang mengandungi kafein
  • Bersarapan pagi

Walaupun berhenti terus merupakan cara terbaik. Namun jika terpaksa, anda boleh berhenti secara beransur-ansur, yang penting adalah BERHENTI.

Anda mungkin tidak kisah dengan kesihatan atau nyawa anda, tetapi fikirkan tentang kesihatan dan nyawa orang yang anda sayangi. Adakah mereka akan memaafkan anda jika mereka mendapat kesan buruk dari asap rokok yang dihembus keluar oleh anda. Fikir fikirkanlah.


Artikel Kesihatan Lain

Berapa Banyak Air Yang Perlu Diminum?
Ada orang kata jangan minum air banyak-banyak. Minum seteguk dua saja, ini petua untuk awet muda. Ada pendapat yang mengatakan kita perlu meminum 8 gelas sehari. Yang mana betul?...  [Baca selanjutnya]

Antioksidan dan Kesihatan Anda
Antioksidan seperti Vitamin E atau beta karotena, secara sendirian tidak dapat menghindarkan penyakit jantung, melawan kanser, membasmi penyakit mata atau menghalang penyakit Alzheimer seperti didakwa sesetengah pihak....  [Baca selanjutnya]

Punca Sebenar Kegemukan
Jumlah rakyat Malaysia yang gemuk melebihi jumlah di beberapa negara maju, antaranya Jerman dan Perancis. Di sepanjang 10 tahun yang lepas, jumlah tersebut telah meningkat sebanyak sekali ganda. Ianya membawa kepada peningkatan jumlah pesakit hipertensi dan kencing manis. Adakah berita ini menakutkan?... [Baca selanjutnya]

Radikal Bebas, Penyakit dan Penuaan
Kemajuan dalam bidang perubatan sejak se abad yang lalu telah meningkatkan jangka hayat manusia sebanyak 50%. Pembangunan sistem pembetungan yang maju, air bersih, antibiotik, vaksin dan kebersihan diri telah berjaya menghapus- kan kebanyakan penyakit berjangkit. Jangka hayat dapat dipanjangkan dan penyakit akut bukan lagi penyebab kematian utama... [Baca selanjutnya]

Adakah Makanan Kesihatan Memberi Anda Manfaat?
Masuk saja ke farmasi anda akan melihat barisan demi barisan vitamin dan makanan kesihatan yang lain. Setiap satu memberikan secara terperinci maklumat RDAs, DVs, IUs, milligrams dll. Persoalannya, adakah anda benar-benar perlu mengambil makanan kesihatan atau pemakanan tambahan?... [Baca selanjutnya]