Transfer Factor – 4Life Research Malaysia
4life Transfer Factor, keluaran syarikat Forlife Research USA, adalah rangkaian produk pemakanan tambahan unik yang berasaskan transfer factor. Ia adalah molekul yang memindahkan maklumat tindak balas semulajadi dari satu entiti ke satu entiti yang lain, seperti yang berlaku di antara ibu dengan anak yang disusukan. Produk Transfer Factor, yang dihasilkan melalui teknologi yang dipatenkan, kini boleh didapati di Malaysia. Manfaat utama produk adalah memberi sokongan kepada sistem imun untuk kesihatan umum yang optimum.
PRODUK UTAMA 4LIFE RESEARCH MALAYSIA
Transfer Factor Advanced Formula
Produk ini menawarkan pendekatan baru dalam penjagaan kesihatan. Ia mengandungi transfer factor yang membantu mendidik sel imun bagi menambah keupayaannya mengenali, respons dan bertindak balas terhadap potensi ancaman kesihatan. Sistem imun yang sihat akan menggalakkan sistem badan yang lain berfungsi dengan sihat. Transfer Factor Advanced Formula mengandungi transfer factor yang diekstrak daripada kolostrum susu lembu dan kuning telor. Pengguna mengambil produk ini untuk membantu dalam pemulihan kefungsian sistem pertahanan badan.
Untuk maklumat lanjut atau mendapatkan produk ini, sila KLIK DI SINI.
Transfer Factor Plus Advanced
Produk ini menggabungkan transfer factor dengan adunan terpelihara Cordyvant untuk memberi sokongan tertinggi bagi kesihatan tubuh. Cordyvant menggabungkan bahan seperti cendawan maitake, cendawan mhiitake, cordyceps, inositol hexaphosphate (IP-6), beta glucans, beta sitosterol dan pati daun zaitun untuk sokongan tambahan. Pengguna mengambil produk ini untuk membantu dalam memperkuatkan sistem pertahanan badan.
Untuk maklumat lanjut atau mendapatkan produk ini, sila KLIK DI SINI.
Transfer Factor Riovida
Riovida adalah satu-satunya minuman jus di dunia yang mengandungi transfer factor. Selain itu ia juga dirumus dengan buah-buahan yang kaya dengan bahan antioksidan seperti beri acai, delima, blueberry, elderberry, anggur ungu dan epal. Antioksidan melindungi badab anda daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga mengandungi vitamin, mineral, asid amino, asid lemak dan polifenol. Dapatkan kecergasan harian anda dengan Riovida! Pengguna mengambil produk ini untuk mendapat perlindungan antioksidan dan transfer factor serta untuk menambah kecergasan badan.
Untuk maklumat lanjut atau mendapatkan produk ini, sila KLIK DI SINI.
CV & Targeted Vitamin
Produk ini membantu menjaga kesihatan anda dengan manfaat transfer factor. Ia juga mengandungi ekstrak tumbuh-tumbuhan seperti Ruscus aculeatus, Ginkgo biloba, Crataegus oxyacantha dan Monascus pilosus yang membantu melancarkan perjalanan darah dan mengelakkan keradangan. Aliran darah yang betul menyumbang kepada peningkatan tenaga, mengurangkan pembekuan darah, penumpuan yang lebih baik dan banyak lagi. Produk ini juga mengandungi vitamin dan mineral serta nutrien asas yang diperlukan untuk badan yang sihat dan bertenaga.
Untuk maklumat lanjut atau mendapatkan produk ini, sila KLIK DI SINI.
GluCoach & Targeted Vitamin
Produk ini dirumus khas dengan transfer factor dan bahan-bahan lain, seperti pterocarpus marsupium, momordica charantia dan gymnema sylvestre, yang diketahui dapat membantu mengekalkan paras gula yang seimbang. Ia juga mengandungi ginseng dan fenugreek, herba yang menggalakkan paras kolesterol dan gula yang sihat. Chromium, vanadium dan alpha lipoic acid (ALA) pula membantu menambahbaik toleransi glukosa dan fungsi insulin yang sihat. Produk ini juga mengandungi vitamin dan mineral serta nutrien asas yang diperlukan untuk badan yang sihat dan bertenaga.
Untuk maklumat lanjut atau mendapatkan produk ini, sila KLIK DI SINI.