Transfer Factor 4Life Malaysia

Transfer factor adalah molekul semulajadi yang dapat memulihkan fungsi sistem imun badan. Sistem imun yang berfungsi dengan baik dapat mencegah dan mengatasi berbagai jenis penyakit. Kolostrum susu dan kuning telor secara semulajadi mengandungi transfer factor.

Syarikat 4Life Research telah berjaya menemui teknologi untuk mengekstrak transfer factor daripada sumber kolostrum susu lembu dan kuning telor ayam. Kini 4Life telah mengeluarkan beberapa produk pemakanan tambahan atau suplemen dan penjagaan kulit yang berasaskan transfer factor.

Macam mana nak dapatkan produk 4Life di Malaysia?

Jika anda ingin mendapat maklumat lanjut tentang transfer factor, sila lawat LAMAN WEB ini.
(Ia bukanlah laman web rasmi 4life Research, namun ia mengandungi maklumat laman tersebut yang telah diterjemah ke Bahasa Malaysia.)

Di Bawah Beberapa Soalan Lazim Tentang Transfer Factor

Mengapa kolostrum susu lembu dipilih sebagai sumber transfer factor?

Lembu mempunyai sumber susu awal (kolostrum) yang sangat banyak dan juga kegunaan transfer factor tidak terhad kepada spesies yang sama sahaja. Transfer factor yang diperolehi daripada sumber lembu, atau ayam, sesuai untuk digunakan oleh manusia dan spesies lain. Lembu juga lebih terdedah kepada cabaran alam sekitar seperti kotoran, kuman, virus, hama, kulat dan sebagainya menjadikan sistem imunnya jauh lebih kuat daripada manusia. Ini bermakna transfer factor daripada sumber kolostrum susu lembu mempunyai banyak “pengalaman” dan “kecerdikan” untuk memenuhi keperluan badan kita.

Apakah yang dimaksudkan dengan “kecerdikan” transfer factor?

Setiap manusia dan haiwan akan sentiasa diserang oleh berbagai-bagai jenis kuman, virus, kulat, hama, habuk, parasit dan perosak daripadaluar, yang boleh menyebabkan berbagai jenis penyakit. Sistem imunlah yang bertindak sebagai benteng bagi melindungi kita daripada musuh-musuh ini. Apabila musuh datang menyerang, gambaran rupa musuh akan disimpan dalam ingatan molekul yang diberi nama transfer factor. Transfer factor bertindak sebagai ‘kamera penyimpan maklumat’ rupabentuk musuh tersebut. Maklumat tersebutlah yang dirujuk sebagai “kecerdikan” transfer factor. Apabila musuh datang menyerang lagi, sistem imun mudah mengenali mereka.

Jika transfer factor ada di dalam kolostrum, kenapa tidak ambil sahaja kolostrum?

Kolostrum hanya mengandungi sedikit transfer factor. Anda perlu mengambil 15,000mg kolostrum untuk mendapatkan 200mg transfer factor. Kolostrum juga mengandungi protein, yang boleh menyebabkan alergi kepada sesetengah orang. Transfer factor tidak mengandungi protein yang menyebabkan alergi.

Bolehkah seseorang yang alergik kepada susu atau laktosa mengambil transfer factor?

Seperti yang diterangkan di atas, transfer factor tidak menyebabkan sebarang alergi kerana ia tidak mengandungi susu, lemak susu atau gula susu (laktosa). Semua itu telah diasingkan oleh teknologi ekstraksi yang canggih 4Life Research.

Kajian atau Penulisan Tentang Transfer Factor

Ramai pakar dalam dalam bidang kesihatan telah membuat kajian tentang transfer factor. Cari sahaja di Google, jangan lupa untuk tambah kata kunci “-4life”. Laman yang disenaraikan akan merupakan laman yang memberi fakta atau kajian saintifik tentang transfer factor, bukan laman yang mempunyai perkataan “4life” atau mengenai bisnes 4Life. Banyak juga buku mengenai transfer factor yang ditulis oleh pakar dan juga penulis terkenal. Boleh semak di amazon.com.

beli transfer factor malaysia, Transfer Factor Malaysia,