Lelaki Boleh Kurangkan Risiko Serangan Jantung Mereka Sebanyak 86 Peratus. Jadi Mengapa Mereka Tidak Lakukan?

Listen, listen, listen; Orang lelaki: Satu kajian baru telah menemui satu cara untuk anda kurangkan kebarangkalian mendapat serangan jantung sebanyak 86 peratus. Apa yang anda perlu lakukan adalah bersenam selalu, makan banyak sayur-sayuran, tidak merokok, hampir tidak minum, dan menjaga pinggang anda. Jadi mengapa tidak semua orang melakukannya?

"Itu adalah persoalan asas yang ahli psikologi kesihatan telah kaji sejak 30 hingga 40 tahun yang lalu," kata James Maddux, seorang profesor psikologi di Universiti George Mason dan ilmiawan kanan di Pusat Kemajuan Kesejahteraan, Amerika. "Dan jawapan pendek, mudah ialah: Hampir kesemua perkara yang kita lakukan, yang tidak sihat dalam jangka masa panjang - termasuk makan, minum arak, dan tidak aktif - menyeronokkan dalam jangka masa pendek. Dan segala sesuatu yang baik untuk kita - bersenam, makan kurang pasta dan roti, tidak merokok jika seseorang itu perokok - memerlukan usaha, boleh jadi tidak menyenangkan. Itu adalah masalah asas."

Menurut Maddux lagi, orang ramai perlu dibanjiri dengan maklumat tentang bagaimana untuk mendapatkan bantuan yang lebih sihat, kerana kebanyakan orang mempunyai titik tolak di mana mereka akan membuat keputusan untuk mengubah tingkah laku mereka. Dan untuk itu datang kajian baru, yang diterbitkan pada 22 September 2014 di dalam Jurnal Kolej Kardiologi Amerika, yang mana penyelidik di Sweden memantau 20,721 orang lelaki sihat yang berumur antara 45 hingga 79 untuk tempoh selama 11 tahun.

Mereka menilai gaya hidup lelaki-lelaki tersebut tahun demi tahun dan mendapati pengurangan yang jelas dalam risiko serangan jantung bagi setiap cara hidup sihat, merangkumi garis panduan berikut: berjalan kaki atau berbasikal selama lebih daripada 40 minit sehari serta bersenam selama lebih daripada satu jam seminggu; setia dengan diet yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, biji-bijian, produk tenusu kurang lemak, dan ikan; minum sedikit (satu auns atau kurang alkohol sehari); tidak merokok; dan mengekalkan lilitan pinggang kurang daripada 37 inci.

Kata penyelidik, hanya kira-kira satu peratus daripada mereka yang terlibat dalam kajian ini menepati kategori hidup sihat yang lengkap. Tetapi mereka 86 peratus kurang berkemungkinan untuk mendapat serangan jantung berbanding mereka yang makan cara buruk, berat badan berlebihan, terlalu sedikit bersenam, merokok, dan minum terlalu banyak alkohol. Dan secara keseluruhan, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa empat daripada lima serangan jantung dapat dielakkan dengan perubahan gaya hidup.

"Ia tidak menghairankan bahawa pilihan gaya hidup yang sihat akan membawa kepada pengurangan dalam serangan jantung," Agneta Akesson, penulis utama kajian dan seorang profesor di Institut Perubatan Alam Sekitar, Karolinska Institutet di Stockholm, berkata menerusi kenyataan akhbar mengenai kajian ini. "Apa yang menghairankan ialah bagaimana drastik risiko menurun disebabkan faktor-faktor ini."

Dalam kajian itu, penyelidik berkata, "Oleh kerana strategi seluruh penduduk untuk mengalihkan keseluruhan pengagihan risiko untuk tidak bergantung kepada ubat-ubatan preskripsi, pencegahan berasaskan gaya hidup yang berkesan adalah penting."

Tetapi menurut penulis, kurang daripada dua peratus daripada penduduk Amerika mematuhi apa yang ditakrifkan sebagai kesihatan kardiovaskular yang ideal. Dan ini kembali kepada apa yang dibangkitkan oleh Maddux. Apabila anda membuat perubahan drastik atau sedikit kepada rutin selesa anda - yang mungkin termasuk kembali meminum koktel secara tetap, duduk di sofa sambil menonton TV, atau tidak makan buah-buahan dan sayur-sayuran pada waktu makan - dan 'hukumannya' adalah serta-merta. Katanya lagi, "Sebagai manusia, kita bertindak balas kepada ganjaran jangka pendek dan cenderung untuk melupakan kesan jangka panjang."

Namun, Maddux berkata, "Pada satu ketika, seseorang berkata, 'Sudah cukup saya mendengar. Saya perlu melakukannya.' Pada ketika itu, mereka telah berpindah dari peringkat pra-renungan ke peringkat renungan dan ke peringkat tindakan, apabila mereka akhirnya boleh mula membuat perubahan tingkah laku. Dan pada ketika itu sokongan sosial - berkenalan dengan seseorang yang telah membuat perubahan yang anda ingin buat - adalah sangat penting. Anda mungkin boleh berkata, 'Jika mereka boleh melakukannya, saya juga boleh melakukannya.'"

Sumber: Yahoo! Health


Artikel Kesihatan Lain

Yogurt bantu kurangkan tekanan darah tinggi
Pengambilan yogurt sebanyak lima kali seminggu berupaya mengurangkan risiko darah tinggi sebanyak 20 peratus.

Telur bantu tahan perut daripada lapar
Pengambilan telur dalam hidangan setiap hari terutamanya pada waktu pagi dikatakan dapat mencegah individu daripada berasa lapar dan perasaan untuk mengunyah.

Amalkan gaya hidup sihat
Kini semakin ramai yang memilih mengamalkan cara hidup sihat. Lebih mudah untuk mengekalkan kesihatan yang baik sekiranya anda tahu cara hidup sihat.

Pantau Kesihatan Anda
Rancang jadual pemeriksaan kesihatan anda secara berkala iaitu bulanan, suku tahun atau tahunan kerana anda perlu sentiasa mengetahui tahap kesihatan anda. Anda juga boleh memantau sendiri dengan mengukur BMI anda supaya sentiasa dalam keadaan normal.

Ubah sikap jika mahu tangani masalah kegemukan
FAKTOR utama yang menyumbang kepada masalah kegemukan adalah sikap tidak mengambil berat berhubung pemakanan sihat. Kebanyakan yang mengalami kegemukan bukannya tidak menyedari atau tidak mengetahui apa itu pemakanan sihat tetapi mereka sebenarnya tidak mengambil kisah apa yang dimakan dan diminum.