10 Amalan Terbaik Untuk Kekal Bertenaga

Tak mahu rasa penat? Ingin hidup lebih ceria dan bertenaga? Amalkan strategi berikut untuk meningkatkan tenaga:

Jangan tinggal sarapan pagi

Percaya atau tidak, sajian pertama bagi setiap hari adalah sajian yang paling penting. Ia menyediakan bahan api yang diperlukan oleh badan untuk memastikan anda dapat menjalani hari anda. Jangan sekali-kali terlepas sarapan pagi; jika tidak sempat, makan kepingan sarapan (breakfast bar), pisang atau epal, atau minum segelas jus.

Makan sedikit tetapi lebih kerap

Kajian telah membuktikan bahawa makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi lebih kerap sebenarnya lebih menyihatkan dan memberi anda lebih banyak tenaga berbanding makan dengan kuantiti yang banyak, yang sering membuat anda merasa letih dan mengantuk! Ambil makanan ringan yang menyihatkan setiap empat jam untuk mengekalkan tahap tenaga anda.

Bersenam

Berjalan, berjoging atau berbasikal sekurang-kurangnya lima belas minit setiap hari. Mana-mana jenis aktiviti fizikal akan meningkatkan tahap tenaga anda. Cari masa di antara waktu rehat, kelas, sebelum atau selepas kerja. Rancang dan wujudkan jadual untuk bersenam. Anda akan melihat peningkatan segera pada tahap tenaga anda.

Beri sel anda makan

Jika anda selalu merasa penat dan keletihan yang melampau, ini mungkin tanda-tanda yang sel dalam badan anda tidak menerima nutrien secukupnya. Apabila badan kita tidak mendapat cukup nutrien dari pemakanan kita, kita menjadi cepat letih. Cara terbaik untuk merasa lebih bertenaga adalah menambah diet kita dengan makanan tambahan yang dapat mempertingkatkan kesihatan sel kita.

Makan makanan tinggi tenaga

Masukkan makanan yang mempunyai tenaga yang tinggi seperti susu, keju, yogurt, kacang, telur, ikan, ayam dan daging tanpa lemak dalam diet anda.

Minum air

Minum air dengan kerap.

Minum jus

Minum segelas jus epal atau jus oren tulen. Ia akan membekalkan anda dengan tenaga yang banyak, terutamanya apabila anda sudah mula keletihan.

Kurangkan penggambilan kafein

Cara yang hebat untuk membantu mengekalkan tahap tenaga adalah mengurangkan atau menghapuskan kafein dari diet anda. Ingat: kafein adalah sejenis perangsang dan ianya akan membuat anda gelisah.

Vitamin

Ambil vitamin C, dan multi-vitamin (yang mengandungi B6, B12 dan asik folik). Atau, makan makanan yang kaya dengan vitamin ini seperti oren, badam, kacang tanah, anggur merah, delima, dan berry (Acai berry, elderberry).

Galian/Mineral

Ambil pemakanan tambahan yang mengandungi galian atau mineral, ia akan meningkatkan tenaga keseluruhan anda.