Anda menghadapi masalah kesihatan berikut?

  • Paras gula dalam darah tinggi bacaannya
  • Keradangan saluran darah
  • Paras kolesterol yang tinggi
  • Sistem imun badan yang lemah
  • Masalah kulit, dan
  • Masalah-masalah lain...

Anda telah mencuba berbagai-bagai produk kesihatan tetapi tidak mendapat hasil yang diharapkan.

Tahukah anda apakah bahan aktif yang digunakan dalam produk kesihatan anda? Bahan aktif yang digunakan akan menentukan keberkesanan sesuatu produk kesihatan.

Pada tahun 1990 sekumpulan saintis dari Amerika Syarikat telah menemui satu bahan, yang dikenali sebagai AFA, yang secara klinikal dibuktikan dapat membantu penghasilan semula sel tunjang (stem cells) dari tulang sum sum manusia. Mereka berjaya mempatenkan kajian klinikal mengenai AFA pada tahun 2004. Kehebatan AFA mula didokumenkan di dalam jurnal perubatan di seluruh dunia.

AFA - Aphanizomenon Flos Aquae

Apa itu Aphanizomenon flos aquae (AFA)?

Aphanizomenon flos aquae (AFA), ialah mikro organisma yang tumbuh di Tasik Upper Klamath (Oregon, USA). Alga biru-hijau ini juga dipanggil sebagai alga Klamath. Ia adalah salah satu daripada beberapa mikroalga yang boleh dimakan, ia berbeza daripada mikroalga lain yang ditanam di dalam kolam, seperti Spirulina dan Chlorella. Selagi ia tumbuh liar dalam persekitaran optimum yang membolehkannya membina profil pemakanan yang benar-benar luar biasa, termasuk pelbagai jenis vitamin dan mineral organik, protein dan asid amino. Disebabkan ianya kaya dengan pelbagai nutrien, AFA dianggap sebagai "makanan super"

Bagaimana Aphanizomenon flos aquae (AFA) Berfungsi

Kajian klinikal membuktikan bahawa selepas sejam pengambilan satu gram ekstrak AFA, tulang sum sum akan membebaskan 3-4 juta stem sel/sel tunjang baru ke dalam saluran darah untuk membantu proses regenerasi dan rejuvenasi sel yang telah rosak dan mati secara semulajadi. Sum sum tulang akan menghantar bantuan sel tunjang melalui saluran darah ke bahagian yang diperlukan oleh tubuh badan setelah menerima isyarat.

AFA - Aphanizomenon Flos Aquae

Fungsi 4 Enzim Utama dalam AFA

L-Selectin Ligand
  • Membantu penghasilan dan pengaktifan sel tunjang dewasa dari tulang sum sum secara semulajadi

  • Phenylethylamine (PEA)
  • Membantu merawat penyakit gangguan kurang perhatian (ADD) dan autisme.
  • Membantu mengatasi kemurungan
  • Meningkatkan penumpuan dan fokus terutamanya pada kanak-kanak
  • Mengatasi penyakit nyanyuk / pelupa
  • Meningkatkan pengaktifan membran sel otak

  • Polysaccharide
  • Membantu penghasilan sel NK (Natural Killer Cell) sebagai benteng pertama melawan sel kanser dan virus di dalam tubuh
  • Membantu pergerakan dan penyerapan sel tunjang dewasa secara optimum
  • Menurunkan paras kolesterol dan membantu penyerapan nutrisi serta mengawal gula dalam darah

  • Phycocyanin
  • Menghalang pembentukkan enzim inflamantori / keradangan
  • Mambantu dalam merawat pelbagai penyakit seperti asma, gout, thyroid, sinus dan buah pinggang

  • Nutrien di dalam Aphanizomenon flos aquae (AFA)

    AFA - Aphanizomenon Flos Aquae

    MINERAL: Kalsium, kromium, besi, magnesium, kalium, zink, fosforus, natrium, tembaga, selenium, klorida, dan molibdenum.

    VITAMIN: Kolin, B1 (Thiamine), B2 (Riboflavin), B3 (Niacin), B5 (Asid Pantothenik), B6 (Pyridoxine), B7 (Biotin), B9 (Asid Folik), B12 (Cobalamin), C (Asid Askorbik), Vitamin E, dan Vitamin K.

    ASID LEMAK PERLU: Omega 3, Omega 6 dan Asid Alpha Lipoik (ALA).

    ASID AMINO: Asid aspartik, threonine, serine, asid glutamat, prolin, glisin, alanin, valine, isoleucine, tirosin, fenilalanin, histidin, lisin, dan arginin.