Arkib untuk kategori ‘Makanan Sihat’

Manfaat Cecair Daripada Lebah

Bila nak promosi madu lebah, ramai juga yang sebut pasal Ayat 68 Surah Al Nahl – yang menyatakan “madu” mengandungi penawar untuk manusia. Tak boleh nafi, memang madu lebah banyak khasiat dan manfaatnya. Tapi hasil lebah bukan madu je. Ayat 68 tu tidak spesifik merujuk kepada madu. Ia merujuk kepada cecair atau pun minuman. Ada 2 lagi cecair daripada lebah: jeli raja dan propolis; yang bukan cecair: debunga lebah. Jadi ada 4 hasil lebah, masing-masing ada manfaat tersendiri.

Jeli raja atau royal jelly menjadi ‘makanan’ larva lebah untuk tempoh 3 hari pertama, selepas tu hanya larva yang terpilih untuk dijadikan ratu lebah sahaja yang terus diberi jeli raja. Hayat ratu lebah antara 2  ke 7 tahun, hayat lebah pekerja antara 5 ke 7 minggu.

Propolis adalah campuran resin yang lebah kumpulkan daripada tunas pokok, getah poko, atau sumber-sumber botani yang lain. Lebah guna propolis antaranya untuk lindungi sarang daripada parasit, kulat dan pertumbuhan bakteria.

Debunga lebah adalah debunga yang diproses oleh lebah dengan mencampurkannya dengan madu, nektar, enzim, kulat dan bakteria untuk dijadikan sumber protein utama bagi koloni.

Tu serba sedit mengenai hasil lebah. Boleh amal mengambil kesemua hasil lebah, bukan hanya madu, untuk menjaga kesihatan diri.

Nutrien Di Dalam Lenggai

Terdapat pelbagai jenis kacang dan kekacang yang memberikan zat maksimum dan nutrien kepada badan kita, dan mereka adalah:

  • Vitamin B3 (Niacin). Terdapat dengan banyaknya di dalam kacang s’rinding. Niacin membantu dalam fungsi sistem pencernaan, sistem saraf dan kulit kita. Intipati utama, bagaimanapun, adalah penukaran pengambilan makanan kita kepada tenaga.
  • Vitamin B1 (Thiamine). Kekurangan Vitamin B1 yang diperlukan akan membuat kita penat dan lemah walaupun kita makan makanan setiap hari. Vitamin ini memainkan peranan penting dalam pengeluaran tenaga dalam badan kita. Ia meningkatkan fungsi keseluruhan jantung, otot, dan sistem saraf.
  • Vitamin B2 (Riboflavin). Vitamin ini membantu dalam pembangunan pertumbuhan badan kita. Fungsi utamanya adalah untuk meningkatkan pengeluaran sel darah merah, yang mengedarkan oksigen ke seluruh bahagian badan. Vitamin B2 juga membantu dalam mengeluarkan tenaga daripada karbohidrat.
  • Vitamin B6 (Pryidoxine). Vitamin ini memainkan peranan penting dalam pembentukan antibodi untuk sistem imun kita. Nutrien ini boleh mengekalkan fungsi saraf yang normal, dan juga pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan kita. Vitamin B6 juga adalah faktor penting untuk tindak balas kimia protein. Ringkasnya, lebih banyak protein yang kita ambil, lebih banyak vitamin B6 diperlukan; kekurangannya menyebabkan kita loya, pening, dan perubahan mental dan tingkah laku.

Selain daripada vitamin yang disenaraikan di atas, kacang adalah sumber kalium yang lebih baik daripada pisang, yang membantu dalam fungsi normal saraf dan otot.

Bijirin Ditapis dan Bijirin Penuh

Terdapat banyak perbahasan mengenai nilai pemakanan bijirin ditapis dan bijirin penuh. Sebenarnya, bijirin ditapis kekurangan nutrien asal yang terdapat dalam bijirin penuh, di mana hanya endosperma ditinggalkan untuk membekalkan nutrien (seperti dalam kebanyakan kes tepung). Apabila bijirin ditapis, pengeluar menambahkan vitamin dan mineral yang diperlukan seperti asid folik untuk menjadikannya lebih sihat – tetapi nutrien sintetik tidak begitu berkesan untuk badan berbanding bahan semulajadi.

Juga, bijirin ditapis mudah diserap ke dalam aliran darah yang menyebabkan ketidakseimbangan gula dan tahap lemak. Memandangkan bran dan germa telah dikeluarkan semasa proses pengilangan, kebanyakan daripada gentian yang penting sudah tiada lagi untuk memberikan manfaat kesihatan yang maksimum.

Bijirin penuh mengandungi nilai pemakanan asal dalam strukturnya. Kaya dengan protein tumbuhan, vitamin, mineral, serat, antioksidan, phyto-nutrien, rendah lemak dan tiada kolesterol. Semua nutrien ini saling berkerjasama untuk mengurangkan risiko kesihatan yang berkaitan dengan obesiti, masalah jantung yang dikaitkan dengan kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi, gangguan usus, kencing manis, dan beberapa jenis kanser usus dan bahagian bawah badan.

Makanan Sihat: Germa

Boleh dikatakan komponen yang paling berkhasiat dalam bijirin penuh. Germa adalah sebahagian daripada bijirin di mana terdapatnya embrio tumbuhan – atau hanya disebut sebagai jantung kernel. Ia mengandungi beberapa protein, banyak serat, lemak poli tak tepu, lignan, phyto-estrogen, sebatian fenolik, asid phytic, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia.

Makanan Sihat: Endosperma

Endosperma adalah tisu albumin yang terdapat di dalam biji. Ia mengelilingi embrio dan menyediakan pemakanan dalam bentuk kanji, protein, dan minyak berkhasiat lain untuk memastikan ia sihat. Berbanding dengan bran dan germa, endosperma menyediakan protein yang amat diperlukan untuk tubuh manusia.

Makanan Sihat: Bran Tinggi Serat

Bran (dedak) boleh dikatakan salah satu sumber serat paling kaya di dalam keseluruhan komponen bijirin penuh. Didapati pada kulit luar (yang sukar dicerna) beras, gandum, oat, bijirin, dan sebagainya. Kajian menunjukkan bahawa bran mempunyai keupayaan untuk mengelakkan masalah kesihatan utama seperti kanser payudara, rahim, prostat, dan kolon; masalah usus seperti sembelit dan mencegah serangan jantung.

Selain daripada gandum, bran oat adalah penuh dengan serat larut yang bertukar kepada gel apabila dicampurkan dengan air. Pakar percaya bahawa ia membantu mengurangkan paras kolesterol darah, dan meningkatkan metabolisme glukosa untuk pesakit kencing manis – mengurangkan keperluan insulin dan ubat-ubatan kencing manis yang lain.

Makanan Sihat: Kacang Serdang

Kacang serdang adalah sumber Vitamin B9, atau lebih dikenali sebagai asid folik, yang baik. Asid folik biasanya disintesis dengan pemakanan tambahan. Ianya diperlukan oleh badan kita untuk menghasilkan sel darah merah, dan juga untuk meningkatkan sistem saraf. Ia sangat disyorkan untuk wanita hamil kerana keupayaannya untuk meningkatkan pertumbuhan sel dan memperbaiki perkembangan embrio. Sangat baik dimakan bersama-sama dengan sayur-sayuran seperti bunga kobis atau brokoli.