{"id":264,"date":"2014-11-30T21:06:11","date_gmt":"2014-11-30T13:06:11","guid":{"rendered":"http:\/\/kesihatan.biz\/artikel\/?p=264"},"modified":"2020-04-14T16:24:25","modified_gmt":"2020-04-14T08:24:25","slug":"buah-hati-anda","status":"publish","type":"post","link":"http:\/\/kesihatan.biz\/artikel\/buah-hati-anda.php","title":{"rendered":"Buah Hati Anda"},"content":{"rendered":"<p><a href=\"http:\/\/kesihatan.biz\/artikel\/wp-content\/uploads\/2014\/11\/buah-hati.jpg\"><img decoding=\"async\" loading=\"lazy\" class=\"alignleft size-thumbnail wp-image-265\" src=\"http:\/\/kesihatan.biz\/artikel\/wp-content\/uploads\/2014\/11\/buah-hati-150x150.jpg\" alt=\"buah-hati\" width=\"150\" height=\"150\" \/><\/a><\/p>\n<p align=\"justify\">Kajian selama tujuh tahun, yang melibatkan hampir setengah juta subjek, menyimpulkan bahawa pengambilan buah-buahan setiap hari mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak 40%.<\/p>\n<p align=\"justify\">Dr. Huaidong Du daripada Oxford membentangkan kajian tersebut di Kongres Persatuan Kardiologi yang diadakan di Barcelona baru-baru ini.<\/p>\n<p align=\"justify\">Peserta kajian adalah daripada China Kadoorie Biobank, yang dipilih daripada 10 kawasan di China. Sampel kajian berjumlah 451,681 orang yang tidak mempunyai sejarah penyakit jantung dan tidak mengambil ubat-ubatan untuk hipertensi.<\/p>\n<p><!--more--><\/p>\n<p align=\"justify\">Pengambilan buah-buahan subjek direkodkan dan dikategorikan seperti berikut: tidak pernah, sebulan sekali, satu hingga tiga hari seminggu, empat ke enam hari seminggu atau tiap-tiap hari.<\/p>\n<p align=\"justify\">Kira-kira 18% daripada peserta memakan buah-buahan setiap hari dan 6.3% tidak pernah makan buah-buahan, dengan purata jumlah harian sebanyak 1.5 hidangan, kira-kira 150g.<\/p>\n<p align=\"justify\">Risiko keseluruhan mendapat penyakit jantung kurang sebanyak 25% hingga 40% bagi mereka yang memakan buah-buahan setiap hari. Menurut kajian tersebut, makan buah-buahan juga menurunkan tekanan darah.<\/p>\n<p align=\"justify\">Makan buah setiap hari dikaitkan dengan tekanan darah sistolik 3.4mmHg lebih rendah dan tekanan darah diastolik 4.1mmHg lebih rendah berbanding dengan mereka yang menjauhi buah-buahan.<\/p>\n<p align=\"justify\">Analisa berasingan melihat kepada kadar kematian keseluruhan relatif kepada pengambilan buah-buahan di kalangan 61,000 orang pesakit daripada China Kadoorie Biobank, yang dikeluarkan daripada kajian terdahulu disebabkan mempunyai penyakit jantung atau hipertensi. Di kalangan kumpulan ini, pengmabilan buah-buahan setiap hari mengurangkan risiko kematian keseluruhan sebanyak 32% berbanding dengan yang tidak memakan buah-buahan. &#8211; AFP &#8211; Relaxnews.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kajian selama tujuh tahun, yang melibatkan hampir setengah juta subjek, menyimpulkan bahawa pengambilan buah-buahan setiap hari mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak 40%. Dr. Huaidong Du daripada Oxford membentangkan kajian tersebut di Kongres Persatuan Kardiologi yang diadakan di Barcelona baru-baru ini. Peserta kajian adalah daripada China Kadoorie Biobank, yang dipilih daripada 10 kawasan di China.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"open","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[2],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"http:\/\/kesihatan.biz\/artikel\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/264"}],"collection":[{"href":"http:\/\/kesihatan.biz\/artikel\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"http:\/\/kesihatan.biz\/artikel\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/kesihatan.biz\/artikel\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"http:\/\/kesihatan.biz\/artikel\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=264"}],"version-history":[{"count":4,"href":"http:\/\/kesihatan.biz\/artikel\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/264\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":1388,"href":"http:\/\/kesihatan.biz\/artikel\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/264\/revisions\/1388"}],"wp:attachment":[{"href":"http:\/\/kesihatan.biz\/artikel\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=264"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"http:\/\/kesihatan.biz\/artikel\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=264"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"http:\/\/kesihatan.biz\/artikel\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=264"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}