Cara Mudah Untuk Turunkan Tekanan Darah

Bersenam dan Tekanan Darah Tinggi

Bersenam adalah salah satu kunci untuk menurunkan tekanan darah anda. Bersenam juga meningkatkan keberkesanan ubat tekanan darah jika anda sedang menerima rawatan untuk tekanan darah tinggi. Anda tidak perlu menjadi seorang atlet untuk melakukan senaman berkenaan.

Jadikan Bersenam Menyeronokkan

Cari aktiviti yang anda suka, dan sasar untuk lakukannya selama 30 minit sehari untuk beberapa hari dalam seminggu. Jika anda tidak suka gim, tidak menjadi masalah. Aerobik kat taman pun boleh, begitu juga dengan berbasikal, mendaki bukit, berkebun, dan apa-apa lagi yang dapat membuat jantung anda berdegup lebih pantas sedikit. Oleh kerana anda akan menjadikannya satu tabiat, pilih perkara yang anda mahu lakukan secara kerap.

Dapatkan Jurulatih

Jika anda ingin mendapat nasihat pakar untuk memulakannya, pertimbangkan untuk mendapatkan seorang jurulatih untuk menunjukkan kepada anda bagaimana untuk melakukannya. Mereka boleh membantu anda untuk melakukan senaman dengan cara yang betul dan mendapat hasil terbaik.

Tambahkan Kekuatan

Latihan kekuatan harus menjadi sebahagian daripada rutin anda. Anda boleh menggunakan pemberat, mesin berat, band senaman, atau berat badan anda sendiri dengan melakukan crunches abdomen atau curl-up. Anda akan kehilangan lemak badan, meningkatkan jisim otot, dan meningkatkan kadar metabolisme anda. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, kehilangan serendah 10 paun boleh mengurangkan atau mengelakkan tekanan darah tinggi.

Terjun dan Berenang

Melakukan senaman aerobik (“kardio”) adalah baik untuk tekanan darah anda. Berenang adalah cara yang lembut untuk melakukannya. Cuba dapatkan 30 minit, atau berusaha ke arah jumlah tersebut jika ia terlalu banyak buat masa ini.

Berapa Banyak Senaman Mencukupi?

Lakukan sesuatu yang sederhana dalam intensiti – seperti berjalan pantas – sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 hari atau lebih seminggu. Yang mungkin cukup untuk membuat anda tidak memerlukan ubat-ubatan atau membantu ia bertindak dengan lebih baik. Senaman boleh menurunkan tekanan darah anda sebanyak lima hingga 15 mata. Secara beransur-ansur tingkatkan senaman anda ke intensiti yang lebih tinggi untuk menurunkan tekanan darah anda ke tahap yang lebih selamat.

Mula Bersenam

Mulakan secara perlahan-lahan untuk mengelakkan kecederaan. Bermula dengan 10 hingga 15 minit senaman yang anda sukai, seperti berjalan di sekitar perumahan atau di atas treadmill. Anda secara beransur-ansur boleh membuat senaman anda lebih panjang dan lebih mencabar.

Buat Senaman Menyenangkan

Komited untuk menjadikan senaman sebahagian daripada jadual anda. Cari masa yang sesuai untuk anda. Anda boleh bersenam ketika anak-anak sedang bermain di padang, sebelum atau selepas kerja, atau semasa rehat tengah hari. Jika sukar untuk keluar dari rumah, pertimbangkan untuk mendapatkan beberapa alat senaman atau DVD, tikar senaman, dan pemberat tangan yang anda boleh gunakan di rumah.

Adakan Mini-Senaman

Tambah mini-senaman 10 minit, dan lakukan ini di sepanjang hari sibuk anda. Sebagai contoh, anda boleh berlari setempat atau melakukan gerak badan selama 10 minit. Tiga mini-senaman 10 minit bersamaan dengan 30 minit senaman setiap hari secara berdikit membuat anda tidak akan terasa masa terbuang.

Sediakan Gim Di Rumah

Pilih benda yang sesuai dengan apa yang anda mahu lakukan: sebagai contoh bangku pijak, tali skip, bola senaman, band senaman atau tiub, dan pemberat. Anda boleh menyimpannya di dalam almari apabila anda tidak menggunakannya. Jika anda mempunyai lebih banyak ruang dan bajet yang lebih besar, pertimbangkan untuk mendapatkan treadmill atau basikal pegun.

Panaskan dan Sejukkan Badan

Memanaskan badan sebelum dan menyejukkan badan selepas bersenam adalah penting bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi. Amalan ini membuatkan kadar denyutan jantung naik dan kembali normal secara beransur-ansur. Berjalan setempat atau di atas treadmill selama 10 minit boleh diterima untuk memanaskan badan sebelum dan juga untuk menyejukkannya selepas bersenam.

Cuba Jam Tangan Denyutan Jantung

Jam tangan kadar denyutan jantung membolehkan anda dengan cepat mengetahui kadar denyutan jantung anda. Berikut adalah cara untuk menggunakannya: Letakkan band yang dibekalkan bersamanya di atas dada anda dan di bawah baju anda. Dengan melihat jam tangan semasa latihan, anda boleh membaca kadar denyutan jantung anda yang sebenar. Ini adalah alternatif yang baik kepada mengambil nadi anda secara manual.

Ubat dan Kadar Denyutan Jantung

Sesetengah ubat jantung seperti beta-blockers atau penghalang saluran kalsium boleh memperlahankan kadar denyutan jantung. Berbincanglah dengan doktor anda dan bertanya apakah sepatutnya sasaran zon kadar denyutan jantung anda semasa bersenam jika anda mengambil ubat-ubatan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *